TERBANG TINGGI

Kau ingin tahu terbang tinggi apa pengertiannya. Kau perlahan-lahan melangkahkan kaki. Cuba mendaki sejauhnya langit yang tinggi. Seperti mereka yang telah merasa terbang tinggi apa pengertiannya.

 
:: Lensa ::

Menanti Di Barzakh


ku merintih.. aku menangis..
ku meratap.. aku mengharap..
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata

perjalanan rohku
melengkapi sebuah kembara
singgah di rahim bonda
sebelum menjejak ke dunia
menanti di barzakh
sebelum berangkat ke mahsyar
diperhitung amalan
penentu syurga atau sebaliknya

tanah yang basah berwarna merah
semerah mawar dan juga rindu
tujuh langkah pun baru berlalu
seusai talkin bernada syahdu
tenang dan damai di pusaraku
nisan batu menjadi tugu
namun tak siapa pun tahu
resah penantianku

terbangkitnya aku
dari sebuah kematian
seakan kudengari
tangis mereka yang kutinggalkan
kehidupan disini
bukan suatu khayalan
tetapi ia sebenar kejadian

kembali roh kembali
kembalilah ke dalam diri
sendirian sendiri
sendiri bertemankan sepi
hanya kain putih yang membaluti tubuhku
terbujur dan kaku
jasad di dalam keranda kayu

ajal yang datang di muka pintu
tiada siapa yang memberitahu
tiada siapa pun dapat hindari
tiada siapa yang terkecuali
lemah jemari nafas terhenti
tidak tergambar sakitnya mati
cukup sekali tak sanggup
untuk ku mengulangi

jantung berdegup kencang
menantikan malaikat datang
menggigil ketakutan
gelap pekat dipandangan
selama ini diceritakan
kini aku merasakan
di alam barzakh jasad dikebumikan

ku merintih aku menangis
ku meratap aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata...

Lagu: Fadzli Far East
Lirik: Ito Lara

Merah Saga


saat langit berwarna merah saga
dan kerikil perkasa berlarian
meluncur laksana puluhan peluru
terbang bersama teriakan takbir

semua menjadi saksi
atas langkah keberanianmu
kita juga menjadi saksi
atas keteguhanmu
ketika yahudi-yahudi membantaimu
merah berkesumba di tanah airmu
mewangi harum genangan darahmu
membebaskan bumi jihad Palestina
perjuangan telah kau bayar dengan jiwa
syahid dalam cinta-Nya

:: Jejak Kalian ::
:: Karya Pilihan ::

Anak Pelarian

sejak dilahirkan dari rahim ibu
mereka belajar
di sekolah hidup menguji
sengketa keliling
mendewasakan mereka
kepayahan adalah
permainan hari-hari
khemah itu adalah
mimpi yang sukar
malam yang memanjang
diisi dengan kelaparan
fajar subuh adalah harapan
sebuku roti
penyambung nyawa yang
semakin genting

::Sahrunizam Abdul Talib::
::Mingguan Wanita::
::1 Mac 2002::

:: Jumlah Kunjungan ::

Free Web Site Counter

sedang membaca

:: Tikaman Madah ::

Menjelang malam, pernahkah kau pasang telinga di dinding jarang pondok petani sebelum dihembusnya pelita derita. Pemimpin; kau cuma bermain kata-kata.

::kemakmuran::
oleh: Anbakri Haron

Syawal yang Menginsafkan
Monday, November 07, 2005
aku sambut syawal dengan perasaan berbelah bahagi.. tahun ni aku rasakan syawal yg berbeza..

aku mencongak kembali hari2 aku sepanjang ramadhan 1426H. awal ramadhan, aku pasang macam2 niat.. yg serba positif.. Alhamdulillah, aku kira sekurang2nya utk 5 tahun kebelakangan ni, inilah Ramadhan yg terbaik.. aku harap mcm tu jugak la penilaian DIA.

Syawal yg menginsafkan..

Malam raya: sepatutnya jd mlm gembira. tp keluarga aku serba tak kena. nenek yg aku sayang, yg selama ni sihat wal afiat tiba2 sakit. tak larat nk bangun.. aku tgk ma risau, abah dah mundar mandir, su tak senang duduk. cuma pak su yg nmpak tenang. begitulah kebiasaannya dia. su sapu ubat, ma urut sikit2. Waktu semua org tido lena, nenek masih merintih kesakitan. perlahan suara dia, tp cukup jelas di pendengaran aku yg sebilik dgn dia. adik ila yg juga tersedar, bangun kipaskan nenek yg berpeluh2.. begitulah hingga pagi. aku hanya melelapkan mata slps solat subuh..

pagi raya: lazimnya 3 kereta, kali ni cuma 6 org yg dpt ke masjid utk solat eid.. nenek masih terlantar. ayah cik sakit perut. yg perempuan pulak cuti beramai2.. usai solat, kami bersalam2 & bermaafan.. aku nampak ma menahan tangis.. aku tahu ma teringatkan arwah ibunya, nenek saadah.. nenek saadah pergi 4 tahun yg lalu, tanpa sakit, tanpa petanda.. dia pergi dgn tenang dlm waktu dhuha..

petang raya: lepas zohor aku sekeluarga ke kampung ma yg perjalanannya tak sampai pun 2 jam dr kampung abah.. sekali lg hati aku terusik melihat seorang lagi hamba-Nya yg ditarik nikmat kesihatan.. pak cu terlantar kerana kanser.. baru sebulan.. pak cu juga mcm nenek. sakit tiba2..

mungkin berkat niat adik ila yg bersungguh2 nak kenal saudara-mara, kali ni hampir semua ahli keluarga sebelah ma balik.. ramainya.. aku sendiri terpegun.. ada yg dh terlalu lama tak jumpa, dia cuma ingat aku ketika berusia 10 tahun dulu.. keletah, tp garang katanya..

macam2 kisah yg aku dengar. kisah ma dan sepupu2nya zaman muda2. Budak kampung dulu2 mmg seronok.. aku cemburukan zaman kanak2 & awal remaja mereka.. gelak tawa menghiasi ruang.. pak cu pun aku nampak gembira.. ma mmg rapat dgn pak cu. pak cu lah abang, pak cu lah ayah.. arwah atuk aku pergi masa ma dlm darjah 2..

macam2 lg yg berlaku sepanjang 3 hari pertama syawal.. terlalu byk yg menginsafkan, yg membuat aku berfikir.. yg membuat aku sedar, dan terasa amat bersyukur dilahirkan sebagai seorang aku.. malah, kisah hari2 terakhir Datin Endon Mahmood pun turut buat aku berfikir dan menginsafi kejadian.. [salah seorang ahli keluarga aku antara insan2 yg berada di sisi allahyarhamah ketika hari2 terakhirnya di alam fana ni]..

nenek, ayah cik, pak cu, semoga cepat sembuh..

:: semoga akan ada lagi Ramadhan untuk aku tahun hadapan..
kata Hani pada 10:51 AM   0 reaksi

:: Tuan Rumah ::

Nama: Hani

Tinggal di
Pahang-Johor-Terengganu, Malaysia

Tentang saya:
Practical. Visual learner. Music and rhythm alert. Love colors, art and literature like crazy. Optimist. Loyal. Reliable. Creative. Daydreamer. Intuitive. Full of emotions. Intelligent. Comfortable with conversation and teamwork.

Baca lagi

Lukisan oleh: Daun Hijau
:: Entri Terkini ::
:: Entri Dulu-dulu ::
:: Rangkaian ::
© 2005 TERBANG TINGGI Tema: Tech Blue. Rekaletak: Isnaini dan Hani