UJIAN INI
Ujian ini, keperitan ini mengingatkan aku ka sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Baihaqi "Apabila Allah kasih kepada sesuatu kaum itu, maka diuji-Nya dengan pelbagai ujian supaya DIA mendengar rintihannya"
Aku gembira Ya Allah aku redha Ya Allah kerana aku tahu keperitan ini adalah lambang kasih-Mu yang tidak bertepi
Terima kasih Tuhan kerana memilih aku untuk diuji
kHa 18 Dec. 2005 [9:33 AM] Aku tersedar jam 4 pg tadi dgn badan yg dedar. Ditambah sakit kepala, selsema dan batuk2, cukup utk buat aku rasa terseksa. Begini rasa apabila nikmat kesihatan ditarik sementara oleh-Nya. Aku tidur semula. Membiarkan roomate aku dgn tahajjudnya. Aku bangun dgn kepala yg berdenyut2 bila jam dah pun mencecah angka 6. Aku gagahkan diri berwudhuk. Usai solat Subuh yg diimamkan oleh roomate aku, aku berselimut dan tidur semula. Sblm tu sempat aku SMS boss. Aku perlu cuti, rehat. Mulanya serba salah juga. Hari ni boss akan ke Kuantan. Ada international conference. Dan kehadiran aku mmg sgt2 diperlukan. Mengganti tempatnya di pejabat, dan sblm tu perlu membantunya menyemak utk kali terakhir slaid2 presentation dan technical paper yg dah siap. Tapi aku betul2 tak larat.. SMS balas dari boss buat aku rasa lega. 'Saya on the way ke Kuantan. Jgn lupa makan ubat'.. Yes boss!! Dan sekarang, jam 4 ptg, aku dah sihat semula! Alhamdulillah.. Tak sangka cepat betul demam aku kebah. Syukur alhamdulillah.. |