|
| SLEEP |
| Thursday, April 20, 2006 |
Penat. Saya nak rehat. Rehat lama-lama. Take a sleep. Sleep like a baby. Jadi maaf ya kalau saya tak berkunjung ke blog sesiapa. Saya nak rehat. Penat. Sebelum itu, SENYUM untuk anda semua ;-)
|
kata Hani pada 9:14 AM  |
|
|
|
| DI LUAR PAGAR SAHAJA! |
| Wednesday, April 12, 2006 |

Buah hati pengarang jantung dia pandang aku semacam. Balas senyum aku mahu tak mahu. Padan muka dia. Berpanas dalam kereta kat luar pagar sana. Girlfriend dia ada short discussion dengan housemate aku.
“Kat sini je kak” katanya. Merujuk kepada ruang tamu. Aku geleng kepala, tapi masih senyum kepadanya. Membuatkan lelaki tu menapak semula ke kereta.
No way! Mula-mula ruang tamulah. Kemudian dapur, kemudian entah ke mana-mana. Nak sangat tunggu, tunggu la kat luar sana. Aku kata, tapi cuma dalam hati.
Dua tiga malam lepas, sorang lagi budak rumah aku bercinta sakan depan pintu. Si perempuan dengan baju tidur dok berdiri sebalik langsir sliding door. Tanpa tudung. Kalau keluar bukan main cantik pulak bertudung. Terbakar betul aku. Siap main usap-usap pipi lagi tu. Gila.
Aku cepat-cepat tukar baju, sarung tudung dan tercegat depan diorang. Minta laluan. Aku keluar ke garaj. Manggakan moto Kriss kesayangan. Masuk simpan kunci. Keluar lagi, angkat baju di ampaian. Masuk letak baju di bilik. Keluar pula buang sampah. Masuk cuci tangan. Keluar susun kasut selipar yang bersepah. Sengaja aku buat-buat sibuk ulang alik keluar masuk.
“Ish, kesian korang nak dating, akak dok keluar masuk dari tadi”. Saja aku menyapa.
“Takpe la kak. Saya pun nak balik dah ni’. Kata si lelaki, menjeling-jeling buah hati.
Kemudian sempat la aku dengar diorang dok berbye-bye, I love you, take care. Ntah apa-apa lagi. Sebelum si lelaki balik, sempat pula yang perempuannya salam cium tangan. Aku pandang tak berkelip-kelip mata. Bukan laki kau pun! Mengada-ngada!
Suka hatilah nak kata aku kolot, konvensional, tak sporting, macam bagus atau apa saja. Nak bercinta style mengada-ngada depan aku, sorry sikit.
Berkuatkuasa malam itu juga, aku pesan pada semua. Tak ada lelaki yang boleh jejak rumah sewa kami. Kecuali nun di luar pagar sana. Tak kiralah dia tu boyfriend siapa.
Semua angguk-angguk macam belatuk. Betul-betul setuju atau pura-pura setuju aku tak tahu. |
kata Hani pada 2:59 PM  |
|
|
|
| WIRA BUDIMAN |
| Wednesday, April 05, 2006 |
Kata orang orang itu gila
Aku memerhati orang gila itu dia melukis bulatan di atas tanah dan berjalan-jalan mengelilinginya aku bertanya orang gila itu ‘engkau buat apa?’ Jawabnya ‘aku lukis suatu bulatan aku berjalan mengelilinginya aku mahu sampai ke penghujungnya.’
Kemudian kubaca rencana tentang masalah dunia kumahu uji orang gila itu lalu kubertanya ‘apa penyelesaian masalah dunia?’ Jawabnya selamba mereka lukis suatu bulatan mereka berjalan mengelilingnya mereka mahu sampai ke penghujungnya.
Aku nyaris ketawa mendengar igauan orang gila itu tetapi kusedar tiba-tiba orang gila itu bukan sebenarnya gila si penyelesaian masalah dunia merekalah yang gila dan bulatan di atas tanah itu sudah tentu tidak berpenghujung.
………………………………
Wira Budiman. Aku mula bercerita tentang dia ketika aku di sekolah rendah lagi.
Sepanjang sekolah menengah, kebolehannya jadi inspirasi.
Piramidnya, orang gila berserta lakaran bulatannya, kisah temasiknya dan pelbagai lagi. Aku abadikan di buku rujukan. Kisah temasik itu aku tampal di buku latihan Fizik. Setiap kali mengulangkaji Fizik, setiap kali itulah juga aku ‘ulangkaji’ tulisannya.
SPM, aku dapat A1 untuk subjek itu! Seiring itulah juga, semakin bertambahnya rasa cinta aku.
Sudah lebih setengah dekad, buku itu masih elok. Kini ia tersusun kemas di bilik Adik Zul. Kertas tercatat kisah temasik itu sudah semakin pudar, tapi ingatan aku tetap segar.
Ketika masih bergelar budak sekolah, aku sungguh-sungguh berharap agar dianugerahkan kesempatan untuk bersua dia. Cukup walau sekali sahaja.
Sepupu aku, berpangkat abang. Suakan kepada aku majalah sekolahnya. SEDAR, sebuah sekolah berasrama penuh di Seremban. Wira Budiman itu seniornya.
Tingkatan lima. Aku hilang khabar tentang dia. Atau aku yang kurang peka kewujudan dia di mana-mana? Aku tercari-cari. Bertanya sahabat-sahabat kalau-kalau tahu. Tapi mereka berbeza dari aku. Mereka tidak peduli pun golongan seperti Wira Budiman itu!
Tahun pertama di universiti, terlihat wajahnya dalam majalah Remaja. Gembira benar aku. Canang sini sana. Tiada respon positif dari sesiapa. Orang sains memang begini agaknya.
Khabar tentang dia hilang lagi. Sekali lagi.
Aku sudah malas mencari. Atau barangkali pembacaan aku yang kurang. Maka aku terlepas pandang.
Bertahun-tahun aku simpan rindu. Semalam. Di blog AmirMukhriz. Juga di akhbar Utusan. Aku dapat khabar terbaru tentang dia.
Penerbitan antologi berjudul Kata Hati. Antologi yang memuatkan karya-karya fiksyen, puisi, lakaran, foto, esei dan tulisan perjalanan yang ditulis oleh penulis generasi baru seperti Fazli Ibrahim, Tan Sei Hon, Rozan Azen, Zulkifli Ramli, Chuah Chong Yong, Izwan Suhadak, Haris Zalkapli, N. A. Halim, Raja Ahmad Aminullah, Nor Azlina Masnan, Masnoor Ramli, Nurhalim Khairuddin, Zaslan Zeeha Zainee dan tentunya dia juga-- WIRA BUDIMAN AZIZAN.
Walau ada karya Faisal, Ghafirah, Amiza, Fadh Razy, Siti Hajar, Zaid Akhtar, Akhi Masrawi (hanya menyebut beberapa nama penulis muda) yang amat aku suka, namun aku tetap rindukan cetusan ilham dia.
Kerana karyanyalah yang pertama sekali membenih cinta aku kepada keindahan sastera.
Aku tersangat gembira. Wira Budiman masih menulis rupanya.
~ Di atas, adalah salah satu sajak beliau. Tajuknya ‘Penghujung Bulatan’. Aku tak pasti bila beliau menulisnya. Tapi aku ada catatkan di belakang tulisannya; 1995. Kalau tak silap aku, beliau ketika itu masih bersekolah di SEDAR.
[Entry yang agak panjang. Aku teruja. Excited.]
|
kata Hani pada 12:40 PM  |
|
|
|
| MAKANAN AKU DAN MEREKA |
| Tuesday, April 04, 2006 |

Balik kerja petang semalam aku terus makan malam. Memang lazimnya aku makan sebelum Maghrib. Kebetulan tengaharinya aku tak makan. Perut menyanyi-nyanyi lagu Mawi minta diisi. Lapar betul aku.
Tengah sedap2 menikmati nasi goreng cina, perhatian aku tertarik kepada berita di IKIM.fm. Kebuluran di Somalia makin teruk. Dan dijangka akan semakin kronik dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Bantuan makanan terhad. Dan setiap hari wanita dan kanak-kanak perlu beratur berjam-jam hanya untuk mendapatkan sedikit makanan buat alas perut.
Erk? Aku spontan pandang kat nasik aku. Kat tepi pinggan membusut (nak kata membukit atau menggunung macam banyak sangat) daun bawang, saderi, bawang goreng, kacang peas, timun dan carrot yang aku asingkan dari nasik. Aku tak makan sayur! Tiba-tiba sedih. Barangkali kalau ‘sebusut’ sayuran tu dihulurkan kepada kanak-kanak di Somalia, mereka akan ingatnya sepanjang hayat. Aku di sini, hulurkan ke tong sampah. Sedekah kepada ulat dan semut.
Aku harap mereka kuat. Diuji dengan kepayahan lebih buat manusia ingat Tuhan berbanding jika diuji dengan kesenangan. (ya, aku juga sedang diuji dengan kepayahan yang teramat sejak beberapa minggu lepas). Nabi pernah ditawarkan seisi dunia, tapi memilih untuk berlapar sehari dan kenyang sehari. Dan khabarnya, makanan di rumah baginda tak pernah melebihi keperluan untuk sehari.
Dalam catatan perjalanan Ibnu Battutah ke Mekah, katanya masyarakat di situ makan hanya sekali sehari. Selepas Asar. Kalau pada waktu lain mereka mahu makan, mereka akan makan tamar. Dan mereka amat jarang ditimpa penyakit. Apatah lagi penyakit pelik-pelik zaman moden ni. Kata orang, penyakit orang kaya. Sakit jantung, diabetes, darah tinggi.
Dalam satu buku yang aku pinjam dari Adik Ila (lupa tajuknya), Rasulullah tidak makan sehingga kenyang dua kali dalam sehari. [Aku rasa macam tu la ayatnya lebih kurang]. Waalahualam..
Hmm, aku berazam untuk belajar makan sayur. Takkan setiap kali aku nak sedekahkan sayur ke tong sampah kan? Tapi mampu ke aku nak makan sayur?
Kalau masuk Fear Factor, and the challenge is makan sayur, confirm akulah orangnya who will be eliminated! Huh, begitu sekali? |
kata Hani pada 11:12 AM  |
|
|
|
| BLUR.. |
| Sunday, April 02, 2006 |
Semalam. Cuba baca dan fahamkan jurnal tentang ‘Ozone-mediated Polyol’. Apahal tah, blur semacam. Berdenyut-denyut kepala nak fahamkan maklumat dalam tu. Payah betul!
Separuh pening aku cuba nak gambarkan dan lukis struktur (2-hydroxy)nonanoate dan ethylene glycol. Paling kronik struktur asas alkohol pun aku lupa. Aku ulang, STRUKTUR ASAS! Lupa! Penat nak ingat balik, ada C-O double bond ke tak.
Kalau tak mengenangkan nak kena discuss ngan boss pagi tadi, dah lama aku stop. Tidur.
Pejam mata. Tarik nafas dalam-dalam. Geram betul pada diri sendiri. Apahal lembab sangat otak aku malam ni? Grrr....
Dalam pening-pening tu, entah apa yang menggerakkan. Aku letak jurnal tu ke tepi. Bangun. Berwudhuk. Solat 2 rakaat. Solat sunat taubat. Aku tau aku kerap kufur nikmat. Selalu. Banyak kali. Bahkan mungkin setiap hari.
Then belek-belek majalah ANIS Mac 2006. Rehatkan otak. Baca kisah dua keluarga yang bersungguh-sungguh membentuk hafiz dan hafizah dalam keluarga. Anak 10 tahun dah hafal 30 juzuk. 13 anak, dididik semuanya ke arah bergelar hafiz hafizah. Tahniah kepada pasangan Hj Ahmad Zahid Zainal Abidin, 39 & Dr Hjh Siti Khadijah Fadzil, 40. Juga pasangan Dr Hj Mohd Shafie Mohd Amin, 43 dan Hjh Norliza Mohamad, 42.
Fikiran dah ringan, aku pun sambung balik study jurnal tu. Aku ketawa sendiri. Baru aku ingat, alkohol mana ada double bond! Cuma R-O-H. Itu jer! Kan mudah sebenarnya tu…
Benarlah. Ilmu itu nur. Dan ilmu tu suci. Takkan mudah untuk diterima oleh hati yang kotor, gelap.
Aku tidur jam 3.04 pagi. Setelah 3 jam, hanya mampu habiskan 4 daripada 7 mukasurat.
Ilmu oh ilmu...
:: SELAMAT HARI LAHIR BUAT MA YANG AKU SAYANG.
(1 APRIL 1960-1 APRIL 2006)
|
kata Hani pada 10:54 AM  |
|
|
|
|
 |
| :: Tuan Rumah :: |
|

|
Nama: Hani
Tinggal di Pahang-Johor-Terengganu, Malaysia
Tentang saya: Practical. Visual learner. Music and rhythm alert. Love colors, art and literature like crazy. Optimist. Loyal. Reliable. Creative. Daydreamer. Intuitive. Full of emotions. Intelligent. Comfortable with conversation and teamwork.
Baca lagi
|
| Lukisan oleh: Daun Hijau |
| :: Entri Terkini :: |
|
| :: Entri Dulu-dulu :: |
|
|
| :: Rangkaian :: |
|
|
|