|
| PELANGI PERSAHABATAN |
| Saturday, June 24, 2006 |
Di luar jendela senja ada deru hujan menyapa dan tempiasnya membilas seraut wajah hati yang luka Awanan gelap berbisik sayup-sayup usahlah celaru hati demikian lazim warna persahabatan terkadang putih cerlang seketika hitam kelam Maafkan dia sekelumit silapnya raih ampunan saat kau keterlaluan warnakan kembali pudar persahabatan seindah rona pelangi sesudah hujan berhenti.
Saya kecil hati. Mungkin dia juga berkecil hati. Saya diam. Dan dia menyepi. Saya rasa kami seperti garis selari. Bergerak seiring. Tapi tidak berakhir dengan satu titik temu. Walau titik pada dua garis itu sudah bergerak mencapai sehingga nilai infiniti. ______________ ______________
*Di atas adalah dua garis yang selari. Dipanjangkan sehingga bila pun, tetap tak bertemu titik cantum. |
kata Hani pada 4:55 PM  |
|
|
|
| MINTA DARI TUHAN |
|
Orang yang meminta-minta kepada Tuhan tidak akan kecewa.
Alhamdulillah. |
kata Hani pada 11:45 AM  |
|
|
|
| MY 1ST CAT. |
| Tuesday, June 20, 2006 |
Dalam family aku, aku terkenal paling takut kucing. Aku rimas kucing menggesel-gesel. Tapi kucing-kucing kat rumah suka betul datang tidur ngan aku malam-malam. Dah tu, kalau aku tertindih, mula la dia mencakar. Bila aku marah, dia lari sekejap. Then datang balik merengkot tepi aku. Sabar je la. Degil.
Adik Ila selalu cakap kat aku, bela kucing ni nanti murah rezeki. Belai atau berbual dengan kucing boleh redakan stress. Adik Yana yang darjah 4 tu pun selalu marah kalau aku kacau kucing. Dia kata, Rasulullah sanggup kerat serbannya semata-mata tak nak ganggu kucing yang sedang tidur atas tu. Ye lah. Aku dengar.
Kalau Adik Ila nyenyak tidur, dan kucing bising-bising nak makan, dia sanggup bangun blender ikan bilis. (kucing-kucing kat rumah aku suka makan nasi dengan ikan bilis). Abah pun macam tu. Kalau tengah makan, kucing datang tepi dia, dia akan amik lauk dan suap kucing tu. Adik Yana dan ma pulak tukang mandikan kucing. Hmm, aku je yang tak minat layan kucing.
Hinggalah suatu hari tu, waktu aku praktikal di Kelantan, tinggal di rumah makcik. Sorang kawan hadiahkan aku seekor anak kucing. Terkejut aku dibuatnya.
Payah rupanya nak kenal ragam kucing ni. Kalau aku geram sangat, aku tangkap letak atas riba, pandang mata dia dalam-dalam, then aku cakap apa yang aku tak puas hati.
’Kucing, awak tau kan saya tak reti nak jaga kucing. Jadi jangan la suka merayau tak tentu hala, nanti saya risau. Makan jangan la memilih sangat. Nanti lapar, saya pulak yang serba-salah’. Dan sebagainya. Aku selalu buat macam tu. Bulat mata dia pandang aku. Confuse agaknya.
Dan menjaga dia, buat aku mula suka & sayang pada semua kucing. Pantang dia hilang, aku tercari-cari. Kalau makanannya tak habis, aku yang serba tak kena. Makcik aku ketawa sakan. Katanya itu baru anak kucing, kalau anak sendiri agaknya risau aku lebih lagi. Mestilah.
Habis praktikal, aku bawa dia balik ke Pahang. Kesian dia, terpinga-pinga dengan suasana baru. Kat Kelantan suasana kampung, banyak pokok dia boleh panjat, boleh berguling-guling kat pasir bawah rumah.
Kucing-kucing yang banyak dalam rumah aku tu pulak semua sombong. Cemburu agaknya. Selama ni aku tak layan diorang.
Sekali lagi aku bercakap dengan kucing. Suruh diorang kawan baik-baik. Jangan gaduh-gaduh. Percaya la cakap aku, kucing boleh faham apa yang kita cakap. Cuma dia tak pandai nak jawab je.
Paling aku tak lupa, dia jadi teman aku tengok Euro 2004. Hampir setiap malam. Best.
17 Jun 2004 aku balik UTM, untuk semester baru. 18 Jun 2004, lepas Maghrib abah call. Bagitau yang kucing tu dah kena langgar. Abah dah tanam depan rumah. Abah kata jangan sedih-sedih. Mana boleh tak sedih, walaupun kat rumah tu ada banyak lagi kucing lain, itu kucing first aku bela sendiri. Huuuu... aku nangis. Puas abah pujuk masa tu. Hehe, kesian abah.
:: Kat atas tu, satu-satunya gambar aku dengan dia. Kucing kurus yang aktif. Macam tuan dia. Aku dah janji dengan someone nak scan. So bro, aku letak kat sini :) |
kata Hani pada 12:15 PM  |
|
|
|
| RINDU ABAH |
| Sunday, June 18, 2006 |

Semalam abah call. Sembang-sembang. Dua hari lepas pun abah call. Sembang-sembang juga. Beberapa hari sebelum tu pun abah call. Sembang panjang. Bercakap dengan abah memang tak pernah habis topik.
Dan setiap kali lepas sembang panjang dengan abah, mesti mata aku berkaca-kaca. Sampai pernah abah kata kat aku, ‘abah tak akan jaga kak long, manjakan kak long sampai bila-bila. Sampai masa, akan ada lelaki yang lebih utama dalam hidup kak long. Yang akan jaga kak long, manjakan kak long, lebih dari abah’. Masa tu syahdu aku dah ke tahap maksimum. Uwaaa...
Tapi masa abah call semalam, aku lupa nak wish kat dia sempena Hari Bapa. Nak call, kredit takde. Aku memang selalu takde kredit. Kadang-kadang sampai 2 bulan. Tapi takpe, aku tahu abah tahu yang aku sayang, ingat dan selalu rindu kat dia, bukan sekadar pada Hari Bapa sahaja.
~ Ralat: Presentation aku bukan hari ni. Tapi esok. Pagi. Doakan aku, kawan. ~ Hari ni 18 Jun, genap 2 tahun kucing kesayangan aku mati :( Rest in peace. |
kata Hani pada 9:11 AM  |
|
|
|
| KE MANA? |
| Wednesday, June 14, 2006 |
Berdepan dengan satu persimpangan. Perlu memilih kiri atau kanan. Pilihan yang akan mempengaruhi perjalanan hidup untuk hari-hari depan.
Sudah berminggu-minggu begitu. Masih di persimpangan itu. Sedangkan masa terus pantas menyapa dan berlalu, langsung tak menunggu.
Keliru.
Mahu bekerja atau teruskan dengan master?
Bukan, ini bukan soal berputus asa. Cuma semangat saja, entah terbang ke mana.
~ Ikut kajian Dr Fadzilah Kamsah, anak kelahiran Mei rajin, bermotivasi tinggi, tetap pendirian. Aku kelahiran Mei, dan aku setuju itu.
Habis, kenapa aku sekarang tidak begitu ?
|
kata Hani pada 11:07 AM  |
|
|
|
| SYUKUR |
| Sunday, June 11, 2006 |
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk {1}. Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan {2}. Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk {3}. Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan) {4}. Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya {5}. ~ Terjemahan surah al-Falaq [Sheikh Abdullah Basmeih. Tafsir Pimpinan ar-Rahman. Darulfikir. Cetakan keduabelas. Mei 2001] Rasa takut dan berdebar masih belum hilang. Tapi aku benamkan debar tu dengan segunung syukur. Syukur. Alhamdulillah.
Rumah aku dipecahmasuk pencuri malam tadi (5-6 jam yang lalu). Dengan keadaan hanya aku seorang tinggal di rumah waktu tu. Kami menyewa berlima. Dua housemates balik kampung, seorang ke kenduri, seorang lagi pula keluar kira-kira jam 9.00 malam dengan kawannya, pergi tengok pertandingan silat.
Aku, yang tinggal seorang waktu tu, sedang berehat-rehat di bilik. Main game, baca cerpen-cerpen yang aku save dari eSastera, siapkan kerja-kerja pejabat dan belek sikit-sikit kitab Bimbingan Mu’minin Imam al-Ghazali; bab Sabar dan Syukur (ya, tentang syukur).
Ketika itulah, aku terdengar macam bunyi orang pegang seberkas kunci, betul-betul di luar bilik aku. Dan di kaki pintu, aku nampak ada bayang seseorang berlegar-legar di situ. Aku sangka itu housemate aku yang baru balik dari kenduri. Tapi entah kenapa, dengan kehendak Allah, kaki dan hati rasa berat nak pergi buka pintu. Berat sangat. Tambahan lagi, ’orang di luar’ tu tak beri salam.
Serentak tu jugak aku rasa debar yang luar biasa. Terfikir yang bukan-bukan, aku baca surah al-Falaq dan selawat silih berganti. Tapi aku tak la buat apa-apa, sebab aku sangka, mungkin itu cuma imaginasi atau perasaan aku je. Maklum la, tinggal sorang.
Sehinggalah jam 1.00 pagi, housemate aku yang pergi tengok pertandingan silat tu balik. Bila dia call handset aku dan ketuk pintu bilik kuat-kuat, barulah aku keluar. Apa yang aku nampak ialah rumah yang bersepah, semua almari, laci, kotak dan beg terbuka kesan digeledah, tingkap ruang tamu yang ternganga, palang tingkap yang patah, pintu dapur terbuka dan anak kunci pintu pula hilang! Ruang tamu, ruang tengah dan dua buah bilik ada kesan digeledah.
Confirm kelibat yang aku sangka housemate aku tadi adalah pencuri. Nasib baik aku tak bukak pintu. Kalau tidak, agaknya sempat kami berkenalan kat situ.
Aku dan housemate berpelukan. Pertama, kerana lega aku tiada apa-apa. Kedua, kami sebenarnya takut, kalau-kalau orang tu masih bersembunyi di dalam, atau di sekitar rumah. (dan memang dia masih ada di belakang rumah sebenarnya. Kami nampak dari jalan utama, waktu keluar nak ke balai).
Tenangkan diri. Ingat Allah banyak-banyak. Kami ke dapur, capai pisau. Standby. Kalau-kalau orang tu muncul lagi.
Call polis, ke balai buat report, beri statement, polis datang ambil gambar rumah yang macam tongkang pecah dilanda ribut Greg, dan kesan cap jari pencuri. Semua settle hampir 4.30 pagi.
Polis balik, kami tutup semua pintu & tingkap, pasang semua lampu, dan tidur di bilik aku, ketika jam hampir mencecah 5 pagi, dengan debar yang masih berbaki. Bimbang juga, pencuri tu bila-bila masa boleh kembali sebab di tangannya sudah ada kunci.
Seperti kata polis tu, aku memang ’bernasib baik’. Alhamdulillah. Sepanjang 4 jam tinggal seorang (9 mlm-1 pg), aku cuma duduk dalam bilik. Padahal waktu tu tekak aku menjerit-jerit mintak susu dan coklat, tapi kaki aku berat betul nak keluar menapak ke peti ais di dapur. Mata pun teringin nak tengok 1st match world cup, tapi malas pula nak ke ruang tamu. Kuasa Allah belaka. Kalau tak, entah apa jadi agaknya. Syukurlah.
~ Ini catatan jam 5.33pagi, 10 Jun 2006 |
kata Hani pada 9:30 AM  |
|
|
|
| DUA SAJAK |
| Thursday, June 01, 2006 |
Sajak untuk Aku [Demam]
Dalam periwayatan hadis kejarlah lima sebelum lima hidup sebelum maut menjemput lapang sebelum sempit menghimpit muda sebelum tua bersua kaya sebelum papa menyapa sihat sebelum sakit menggigit
Oh Rabb, dan kini aku terkedang lumpuh dalam pembaringan yang serba rusuh namun haruskah aku mengeluh kerana nanti sesudah sembuh adakah untuk kembali menjadi abdi yang angkuh?
(Fahd Razy, 9 Mei 2004)
Sajak untuk Mereka [Mencongak Kifarah]
Lapar barangkali bumi itu membaham rakus nyawa beribu menghilang dahaga dengan titisan sendu tersandar lesu sesudah nyaman rumah papan dikunyah dan jitu bangunan batu dihadam satu persatu
Lantas kami di celahan derita ini menghitung-hitung hari berapa banyak lagikah nanti kepingan-kepingan mehnah harus kami tadah?
Mencongak-congak sendiri untuk harga dosa kami yang manakah hingga Kauhulur bersusun-susun nota kifarah menjadi satu bayaran penyudah?
Tuhan, kami lemah benar kami lemah.
(kHa, 29 Mei 2006)
:: Aku hanya diusik sedikit nikmat. Mereka pula direntap nyawa, keluarga, tetangga, harta, senyum tawa dan airmata. Mengingatkan bahawa aku, sebenarnya tidak hilang apa-apa. Melainkan sedikit rasa syukur, yang barangkali tanpa sedar mula luntur. (al-fatihah dan doa buat mangsa gempa di Yogyakarta) |
kata Hani pada 12:05 PM  |
|
|
|
|
 |
| :: Tuan Rumah :: |
|

|
Nama: Hani
Tinggal di Pahang-Johor-Terengganu, Malaysia
Tentang saya: Practical. Visual learner. Music and rhythm alert. Love colors, art and literature like crazy. Optimist. Loyal. Reliable. Creative. Daydreamer. Intuitive. Full of emotions. Intelligent. Comfortable with conversation and teamwork.
Baca lagi
|
| Lukisan oleh: Daun Hijau |
| :: Entri Terkini :: |
|
| :: Entri Dulu-dulu :: |
|
|
| :: Rangkaian :: |
|
|
|