|
| FOR DIYANA a.k.a KYORA |
| Saturday, July 29, 2006 |
Esok awak fly ke Sydney kan? Then terus ke Queensland? Take care and all da best! (saya tak tau awak baca ni di Malaysia or dah di sana)
Kitorang dah pindah rumah. Sekarang dah dok kat belakang KUSTEM tu. Dekat je nak pegi kerja, kelas etc. Ija, Kerk, Ain satu rumah. Saya ngan Dayah rumah sebelah.
Malam Rabu hari tu pencuri tu datang lagi. Ini 3rd time since bulan lepas. Time tu kat umah ada saya, Ain and Kerk. Around 10pm (baru je habis cerita Gerak Khas).
Dia try bukak tingkap bilik saya tp tak dapat masuk. Then dia try ruang tengah, tempat awak letak besen merah besar awak tu. Time tu la Ain nampak dia. Panik sakan Ain. Hampir2 nak pengsan. Awak tau kan Ain camne. Si Kerk pun separa panik. Berpeluk2 diorg depan tv tu. Terjerit2 suruh saya bukak pintu.
Syukur la. That time saya boleh kontrol panik. Maybe sbb dah ada experience ngan awak hari tu kan. Saya sarung tudung, slow2 jalan ke meja makan amik kunci, then buka pintu and grill depan. Kelam-kabut Kerk and Ain lari ke gate (padahal kunci gate tu ada pd saya). Saya try jenguk2 ke tepi rumah, takut dia ada kat situ. Nak coolkan Ain satu hal lagi. Macam org histeria.
Mujur la Aryf sampai, hantar Dayah. Aryf round, check keliling rumah. Tak sampai 15 minit lepas Aryf balik, dengar bunyi besi and macam ada orang kat luar bilik Kerk and ruang tengah. So, mlm tu semua tidur bilik saya (actually saya sorang je yang nyenyak sampai subuh. Yg lain semua tak dapat tido. Asyik pandang tingkap).
Ain kata, pencuri tu berbaju hitam, kurus dan rambut tak terurus. Rasanya confirm budak2 dadah. Budak2 dadah ni bahaya. Family sendiri pun diorang boleh bunuh. So, sblm jadi apa2 lagi, better kitorang pindah rumah.
Awak ingat tak saya penah kata nak pasang khemah depan post guard KUSTEM? Masin mulut. Betul2 rumah kitorang dekat ngan post guard (menyampah saya guard2 muda belia kat situ. Tak profesional langsung. Semalam saya nak amik kunci, ada la dalam 15 minit saya kat situ. Diorang bukan nak bagi kunci, tapi dok buat lawak tak berkualiti. Alasannya nak tengok saya senyum, nak tengok lesung pipit. Last2 saya sound, sebut nama sorang2, “En. X, En. Y, En. Z, kalau macam ni la cara you all kerja, saya tak teragak2 nak buat report”. Baru la diorg bagi kunci tu.). Haha.. kerek tak saya?
Ok la, take care di tempat orang. Selamat kembali ke Malaysia 4 tahun akan datang sebagai Dr. Diyana. Gonna miss u. |
kata Hani pada 2:51 PM  |
|
|
|
| HIDUP? |
| Friday, July 21, 2006 |
Entry 'SAMA' dapat respon yang agak 'pelik' :)
Cik Tinta bertanya dalam telefon. Cik Kyora bertanya in person. Dan beberapa cik dan encik bertanya melalui YM. Termasuklah encik yang semangat nak interview aku tu. Semua dengan soalan yang hampir sama-- siapa yang aku maksudkan dalam entry tu?
Kata cik Kyora, entry tu 'hidup'. Dan ada juga yang terasa diperli.
Ish. Pembetulan. Mana ada aku perli siapa-siapa.
Bak kata peribahasa Melayu, tepuk dada tanya selera. Baca entry, tanyalah diri. |
kata Hani pada 12:21 PM  |
|
|
|
| AZIM |
| Wednesday, July 19, 2006 |
Teringat dia. Sangat.
'Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari. (Saidina Ali) |
kata Hani pada 8:50 AM  |
|
|
|
| SAMA |
| Sunday, July 16, 2006 |
Aku hampir lupa satu perkara. Bukan ke dah biasa terdengar pesanan; kalau seseorang tu boleh bercerita keburukan orang lain depan kita, maka bila-bila masa dia boleh ‘berkongsi’ keburukan kita depan orang lain.
Dan saya terkesan juga dengan satu situasi. Situasi tu buat aku fikir dalam-dalam, dan masak-masak. Betul. Kalau seseorang boleh bersikap hipokrit terhadap orang lain, begitu juga dia boleh hipokrit depan saya. Depan kita, dan siapa saja. Itu realiti.
Hipokrit, berpura-pura, (ada org kata munafik) dll. Saya tahu perkataan tu bisa.
Tapi kalau kita tak mahu orang lain buat begitu, maka kita jangan mulakan dulu. Bumi ni bulat [sfera sebenarnya], mungkin hari ni kita bangga berdiri di satu sudut sebagai manusia penuh hipokrasi yang berjaya, tapi amat besar kemungkinannya suatu hari nanti kita pula berdiri di suatu sisi lain – sebagai mangsa manusia penuh hipokrasi, dengan jayanya.
Karma.
Dan tentunya keadilan Tuhan.
Hmm, saya cuma terfikir-fikir. Ingatan untuk diri setepatnya. Dan untuk kamu juga. Kamu. (Ya, kamu. Huh!)
Tidakkah mereka tahu bahawasanya Allah mengetahui rahsia dan bisikan mereka. Dan bahawasanya Allah amat mengetahui segala yang ghaib ~at-Taubah; 78~
|
kata Hani pada 3:20 PM  |
|
|
|
| JIHAD |
| Friday, July 07, 2006 |
 TUKANGI LAHADMU
Begitulah rakus kalian menjarah tanah dan maruah serentak berlumba roh kami bersimpuh di mahligai Allah tatkala pelita nyawa kalian cantas sumbunya bersusun pula unggun mujahid kami semarakkan nyalanya
Semangat ini takkan sesekali padam dek tertarah tubuh atau terbenamnya roh kerana tegak umat yang kausaksi kini adalah pewaris panji juang semalam yang berkibar dari gagahnya deruan angin jihad al-ayyubi dan al-khattab.
Pantas tukangi lahadmu taufan jihad kami sedang menderu.[kHa, 5 Julai 2006] |
kata Hani pada 11:33 AM  |
|
|
|
| LAGI |
| Tuesday, July 04, 2006 |
Sekali lagi, malam tadi. Pencuri masuk rumah. Melalui tingkap di ruang tamu. Nasib baiklah bilik aku dan bilik housemate aku yang satu lagi berkunci. Bilik ketiga, yang tak berkunci tak pula dimasuknya.
Suka betul pencuri bersiar-siar kat dalam rumah aku. Bukan dia ambil apa pun. Bateri. Sahaja.
Dan lagi, tingkap bilik aku kena kopak dari luar. Sedar-sedar Subuh tadi, roomate aku kejutkan, tingkap tu dah ternganga. Luas. Mujur ada grill, tak dapat la dia masuk. Pandai pulak tu dia pilih tingkap nak kopak. Betul-betul kat tempat roomate aku charge handset. Sempat la dia sambar handset tu.
Yang magiknya, tak pulak kitorang yang tidur dalam bilik tu sedar. Walhal tingkap tu cuma di hujung kaki housemate aku je.
Apa pun kami tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya kami semua selamat. Dan barang-barang seperti komputer, TV & VCD player tak diangkutnya (dia pun taknak agaknya).
Dan bersyukur juga, kami hidup dalam didikan moral yang baik, dan hidup dalam serba cukup. Walaupun bukan terlalu dan amat mewah. Tapi sekurang-kurangnya kami tak perlu jadi pencuri untuk memiliki sesuatu yang kami ingini.
Aduhai Encik Pencuri, awak tak takut kena bakar api ke? Neraka panas tau.
[Doa untuk pencuri itu, semoga hatinya terbuka untuk berubah. Mana tahu boleh mencontohi Fudhail bin ’Iyadh. Bukankah hidayah tu milik Allah. Manusia yang baik hari ini belum tentu akan terus baik esok. Dan yang jahat hari ni, mungkin akan jadi jauh lebih baik dari kita esok] Dan untuk roomate aku, sabar ya. Insyaallah, Allah akan ganti dengan yang lebih baik lagi :)
|
kata Hani pada 2:16 PM  |
|
|
|
| HADIAH |
| Monday, July 03, 2006 |
Baru lepas call Adik Ila. Sembang-sembang sampai habis kredit aku. Aku paksa dia transfer kredit kat aku. Kira claim balik la. Haha, aku memang kakak yang baik.
Terharu aku dengar cerita Adik Ila. Anak murid dia yang paling tak pandai, paling tak tau membaca, paling selalu kena bebel dalam kelas, tapi dalam masa yang sama paling selalu jadi perhatian Adik Ila, tiba-tiba buat sesuatu yang di luar dugaan.
”Ustazah, hadiah untuk ustazah”.
Sepasang kain baju kurung batik berwarna hijau epal. Siap terselit kad ucapan terima kasih.
Dari aku juga; SELAMAT HARI LAHIR KE-20 BUAT ADIK ILA. 3 JULAI 1986 - 3 JULAI 2006.
Beberapa baris sajak untuk Adik Ila (sajak penuhnya aku lupa, nanti dah ingat aku sambung semula);
Berikan wajahmu ke seluruh alam Riang dan ceria cemerlang Wajah yang manis Wajah yang cantik Wajah senyuman seribu asyik Wajah melukis keakraban rasa Wajah memotret ketulusan jiwa Wajah yang menghulur salam kemesraan Wajah yang mengukir salam kasih sayang |
kata Hani pada 3:18 PM  |
|
|
|
| FRUST NI. |
| Sunday, July 02, 2006 |
Antara benda paling frust sepanjang 2006 ialah miss perlawanan England-Portugal. Dan tak ada teman untuk tengok Brazil-France.
Nasib baik ada Adik Zul dan housemate aku cik Kyora-penyokong-England yang jadi pelapor setia (Kyora dapat information dari kawan dia, Fara di Selangor). Maka handset adalah teman paling setia sepanjang malam tadi.
’Beckham injured, x dpt main dah. Stil 0-0. Fight gile. Aku tnya fara’. SMS dari Kyora, jam 12.15 malam. Aku di bilik depan, Kyora di bilik belakang.
’Awak, rooney dpt kad merah. Abis ah England.’ SMS aku terima 7 minit kemudian.
Habislah England. Beckham injured. Rooney kad merah. Owen awal-awal dah balik kampung.
Jam 1.46 pagi, Adik Zul call. “Kak Long, Portugal menang penalti. 3-1. Jangan frust ye”. Aku dah agak dah. England akan kalah penalti. Mana boleh tak frust.
Dan jam 4.55 pagi, aku dapat call lagi. ”Kak Long, Brazil kalah 0-1. Kak Long, lain kali jangan sokong sape-sape la. Team yang kak long sokong semua kalah”.
Ceh!
Aku tengah frust ni. Lepas ni boikot World Cup 2006. |
kata Hani pada 12:02 PM  |
|
|
|
|
 |
| :: Tuan Rumah :: |
|

|
Nama: Hani
Tinggal di Pahang-Johor-Terengganu, Malaysia
Tentang saya: Practical. Visual learner. Music and rhythm alert. Love colors, art and literature like crazy. Optimist. Loyal. Reliable. Creative. Daydreamer. Intuitive. Full of emotions. Intelligent. Comfortable with conversation and teamwork.
Baca lagi
|
| Lukisan oleh: Daun Hijau |
| :: Entri Terkini :: |
|
| :: Entri Dulu-dulu :: |
|
|
| :: Rangkaian :: |
|
|
|