|
| MESKIPUN |
| Monday, August 21, 2006 |
meskipun kata-kata cinta tidak pernah kita ucapkan aku pasti kau tetap utuh dan setia menjunjung namaku memahat wajahku ke dalam dirimu dan terus sabar mencari suaraku di sepanjang mimpimu |
kata Hani pada 10:00 AM  |
|
|
|
| HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU |
| Sunday, August 20, 2006 |
Blog ni macam dah kurang semangat sekarang. Ada banyak sebab. Ini cuma sebahagian.
Pertama, saya lebih kerap menulis di esasterawan. Alasannya, saya kenal ahli-ahli komuniti tersebut dan mereka kenal saya, dan itu buat saya lebih selesa.
Kedua, saya macam dah hilang kepekaan pada apa yang berlaku di sekeliling saya. Saya ambil tahu apa yang berlaku, cuma agak kurang rajin untuk respon.
Ketiga, saya ada pelbagai tugas sampingan dan memang saya bukan orang yang hebat mengurus masa.
Keempat, saya bosan dengan beberapa kerat manusia yang terus-terusan menganggap dirinya dan caranya yang betul, dan bangga betul dengan ‘cerewet’nya. Cerewet bukan bererti kamu teliti. Dan terlalu perfectionist bukan bagus sangat, melainkan menambah kerumitan. Bertolak-ansur dan menerima seadanya, itu sebaiknya. Dalam masa yang sama, perlahan-lahan bersama betulkan apa yang kurang.
Kelima, memang saya kurang rajin nak menulis.
Keenam, saya serabut bila asyik ditanya pasal kahwin.
:: Nama Syarifah Amani tiba-tiba jadi begitu popular dalam blog insan-insan akademik, manusia berpendidikan dan para penulis serta pencinta bahasa. Yang kelakarnya, pihak-pihak yang selama ni bangga sangat dengan bahasa Inggeris dan cara hidup yang tak berapa Melayu pun sibuk nak melenting sama. Ingatkan dah lupa bahasa ibunda. |
kata Hani pada 11:16 AM  |
|
|
|
| BEKERJA |
| Monday, August 14, 2006 |
sekarang bila kena padaku aku pun percaya sesekali kita tak cukup waktu untuk bekerja
(Rahman Shaari, 1982, Kesan Kunjungan, UPND) |
kata Hani pada 8:12 AM  |
|
|
|
| BAHAGI |
| Monday, August 07, 2006 |
Tiba-tiba saya rasa saya adalah manusia yang sangat bermasalah untuk membahagikan masa.
Dan, begitu banyak juga perkara yang berlaku di sekitar saya, di dalam negara, malah di dunia, yang buat saya termenung sendiri.
Dunia penuh warna-warni. Sepatutnya dengan warna yang pelbagai itu ia boleh jadi indah, tapi sebaliknya, buat saya jadi gundah. Warna kegemaran saya, merah, buat saya teringat lautan darah saudara2 di Palestin, Lubnan dll.
Buat saudara seakidahku yang diuji Tuhan, kalian diuji dengan sesuatu yang nampak di mata. Tapi kami diuji dengan sesuatu yang tersembunyi dalam diri. Keselesaan, kemewahan, keamanan lebih menguji sebenarnya. Begitu juga 'penyakit hati'. Ujub, riak, takbur, kufur nikmat dll. Yang membunuh semua amal kebaikan yang pernah dilakukan. Semoga dijauhkan.
:: Sedang meneliti antologi puisi 'Yang Jauh dan Dekat' oleh Hilmi Rindu. |
kata Hani pada 7:09 PM  |
|
|
|
| SATU SISI LAGI |
| Tuesday, August 01, 2006 |
:: Tokoh untuk Dewan Sastera Julai 2006 ialah Wan Ahmad Ismail. Cikgu penulisan skrip drama pentas aku. Garang. Suaranya lantang.
:: Aku makin jeles ngan HafezIftiqar. Tengah sibuk pun sempat hasilkan sajak yang mantap. Aku ingat lagi, first time sedar kewujudan Hafez ni bila terbaca sajak ‘Maafkanku Ramallah’. Si FahdRazy tu aku tak tak larat nak jeles dah. Siap menang hadiah utama HSKU lagi.
:: Dahrie mintak bantuan jadi fasi untuk bengkel deklamasi puisi di Kota Bharu penghujung Ogos ni. Dijangka seramai 150 orang peserta. Fasi 10 orang. Pengsan aku. Ilmu deklamasi secubit. Pengalaman setitik. Mujurlah Encik Bad kenalkan aku dengan someone. Suruh aku belajar dengan orang tu- Pendeklamasi terbaik negeri Terengganu. Dan penerimaan beliau benar-benar di luar jangkaan aku. Sudi luangkan masanya hanya untuk aku yang sekecil semut ni. Alhamdulillah.
:: Aku ingat lagi kata-kata SN Muhammad Hj Salleh masa sembang dengan dia di Perhimpunan Penyair Wilayah Timur hari tu [aku suka dia walaupun dia tak sefamous A. Samad Said. Dia Sasterawan Negara yang low profile]. Katanya ramai penulis muda sekarang tak mahu bertanya. Belajar sendiri-sendiri tanpa rujuk orang yang lebih berpengalaman. Dan sebahagiannya hanya menulis separuh jalan. Menulis untuk kepentingan diri, bukan untuk masyarakat. Aku suka baca kisah allahyarham T. Alias Taib belajar menulis puisi dari Ariffin Ngah. Dia sanggup bermalam di rumah ‘gurunya’ tu dengan tujuan belajar menulis puisi yang baik.
:: Khamis sampai Sabtu cuti. Join Perkhemahan Sastera Negeri Terengganu yang pesertanya dipilih oleh DBPWT dari kalangan penulis muda yang karya pernah tersiar di media. Terujanya aku. Insyaallah FahdRazy, Zanazanzaly dan Rozais al-Anamy pun ada.
Ini sajak yang 'memperkenalkan' aku dengan HafezIftiqar.
 Maafkanku Ramallah
Si cilik itu tegar melontar benci Batu dan iman menjadi satu Katanya dia rindukan atar firdausi Lantas dia mencari pada kematian Tatkala aku mengatakan dia mati Menyusup suara dari lembah Golan Anak kecil itu sebetulnya pencari shahid! Hidup memisahkan dia dan cintanya Andai dia punya seribu nyawa Seribu kali dia sanggup Dalam lirih pedih Tubuh cilik itu diarak takbir Ramallah merayu lagi Pernah rintihmu diabaikan? Lalu seribu lagi anak kecil menyerbu Berjejal di lorong syurga Dan aku kaku Malu.
Maafkan aku... Bangsaku masih lena.
(Hafeziftiqar, Melbourne) |
kata Hani pada 7:00 PM  |
|
|
|
|
 |
| :: Tuan Rumah :: |
|

|
Nama: Hani
Tinggal di Pahang-Johor-Terengganu, Malaysia
Tentang saya: Practical. Visual learner. Music and rhythm alert. Love colors, art and literature like crazy. Optimist. Loyal. Reliable. Creative. Daydreamer. Intuitive. Full of emotions. Intelligent. Comfortable with conversation and teamwork.
Baca lagi
|
| Lukisan oleh: Daun Hijau |
| :: Entri Terkini :: |
|
| :: Entri Dulu-dulu :: |
|
|
| :: Rangkaian :: |
|
|
|