|
| MOHON SUNGGUH-SUNGGUH |
| Sunday, October 08, 2006 |
“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon ampun kepada-Mu dari semua dosa yang telah aku lakukan, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, atau kerana aku tidak mengetahuinya.
Aku mohon ampun dari semua dosa yang telah aku bertaubat kepada-Mu, tetapi kemudian aku mengulanginya lagi.
Aku juga memohon ampun kepada-Mu dari semua dosa yang tidak ada yang mengetahuinya melainkan Engkau, dan tidak ada yang menutupinya melainkan kesabaran-Mu.
Aku mohon ampun dari semua dorongan hawa nafsuku yang termasuk syubhat, padahal ia haram di sisi-Mu.
Ya Allah, aku mohon ampun dari semua amal yang aku buat untuk-Mu, tetapi kemudian bercampur dengan amal yang bukan kerana-Mu.
Tidak ada Tuhan melainkan Engkau, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani”.
:: Suka doa ni. Doa solat taubat. :: Laman esasterawan ditutup sementara, untuk penambahbaikan. :: Ramadhan sudah separuh. Baru sampai juzuk 14. Tak terkejar Adik Ila, yang dah jejak surah ke-24 (an-Nuur). |
kata Hani pada 9:22 AM  |
|
|
|
| KESEKIAN KALI |
| Tuesday, October 03, 2006 |
Saya percaya, malah yakin, bahawa setiap manusia perlukan motivasi. Dan motivasi diperoleh dengan cara berbeza, bagi setiap individu berbeza.
Entah sejak bila, tapi saya sering diperingatkan bahawa anak kelahiran Mei, seperti saya, adalah manusia yang kuat semangat, tetap pendirian, bermotivasi tinggi. Dan rangsangan motivasi itu adalah dari dalam dirinya sendiri, bukan dari luar.
Saya setuju itu, hanya dalam sesetengah situasi.
Selama ni saya jarang terkesan dengan apa-apa program atau buku-buku motivasi. Jika ada pun, kesannya terlalu sekejap, sekadar beberapa minit selepas program, atau selepas membaca buku tersebut (jarang ada buku yang boleh buat saya baca dari mula hingga akhir, entah kenapa).
Kecuali satu program. Yang saya kira meninggalkan kesan yang lama, dan mendalam. (Walaupun modul-modul program tu ada yang menimbulkan kontroversi, tapi saya tetap anggap ia sebuah program yang berjaya).
Paling saya suka ialah setiap kali sebelum bermula apa-apa aktiviti, sama ada LDK, riadah, apa saja, kami akan berkumpul dalam halaqah. Rakaman surah al-Insan akan dimainkan, sambil kami meneliti terjemahan di tangan, dengan sepenuh hati.
Mendengar dan memerhati sepenuh hati terjemahan surah al-Insan, kira-kira lima kali sehari, tiga hari berturut-turut, sebelum memulakan setiap aktiviti. Hasilnya, isi surah itu hampir sebati dalam diri setiap kami.
:: Sekarang saya benar-benar ingin tahu khabar mereka. Yang kami gelarkan abi dan ummi. Di bawah MMD Group. Dulu mereka ada terbitkan majalah al-Irsyad. Seingat saya, nama lelaki bergelar abi itu ialah Badrul Hisham. Dan pembimbing kumpulan saya, ummi Nusaybah.
:: Gambar kat atas tu untuk kawan yang punya impian dan cita2 melangit. Yang pernah gagal. Pernah jatuh. Dan sekarang bangun, bangkit menegakkan impiannya. Juga siapa saja. Semoga berjaya.
:: Cik Tintahati, usah bising2 lagi. Saya dah update ni ;)
|
kata Hani pada 2:38 PM  |
|
|
|
|
 |
| :: Tuan Rumah :: |
|

|
Nama: Hani
Tinggal di Pahang-Johor-Terengganu, Malaysia
Tentang saya: Practical. Visual learner. Music and rhythm alert. Love colors, art and literature like crazy. Optimist. Loyal. Reliable. Creative. Daydreamer. Intuitive. Full of emotions. Intelligent. Comfortable with conversation and teamwork.
Baca lagi
|
| Lukisan oleh: Daun Hijau |
| :: Entri Terkini :: |
|
| :: Entri Dulu-dulu :: |
|
|
| :: Rangkaian :: |
|
|
|