TERBANG TINGGI

Kau ingin tahu terbang tinggi apa pengertiannya. Kau perlahan-lahan melangkahkan kaki. Cuba mendaki sejauhnya langit yang tinggi. Seperti mereka yang telah merasa terbang tinggi apa pengertiannya.

 
:: Lensa ::

Menanti Di Barzakh


ku merintih.. aku menangis..
ku meratap.. aku mengharap..
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata

perjalanan rohku
melengkapi sebuah kembara
singgah di rahim bonda
sebelum menjejak ke dunia
menanti di barzakh
sebelum berangkat ke mahsyar
diperhitung amalan
penentu syurga atau sebaliknya

tanah yang basah berwarna merah
semerah mawar dan juga rindu
tujuh langkah pun baru berlalu
seusai talkin bernada syahdu
tenang dan damai di pusaraku
nisan batu menjadi tugu
namun tak siapa pun tahu
resah penantianku

terbangkitnya aku
dari sebuah kematian
seakan kudengari
tangis mereka yang kutinggalkan
kehidupan disini
bukan suatu khayalan
tetapi ia sebenar kejadian

kembali roh kembali
kembalilah ke dalam diri
sendirian sendiri
sendiri bertemankan sepi
hanya kain putih yang membaluti tubuhku
terbujur dan kaku
jasad di dalam keranda kayu

ajal yang datang di muka pintu
tiada siapa yang memberitahu
tiada siapa pun dapat hindari
tiada siapa yang terkecuali
lemah jemari nafas terhenti
tidak tergambar sakitnya mati
cukup sekali tak sanggup
untuk ku mengulangi

jantung berdegup kencang
menantikan malaikat datang
menggigil ketakutan
gelap pekat dipandangan
selama ini diceritakan
kini aku merasakan
di alam barzakh jasad dikebumikan

ku merintih aku menangis
ku meratap aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata...

Lagu: Fadzli Far East
Lirik: Ito Lara

Merah Saga


saat langit berwarna merah saga
dan kerikil perkasa berlarian
meluncur laksana puluhan peluru
terbang bersama teriakan takbir

semua menjadi saksi
atas langkah keberanianmu
kita juga menjadi saksi
atas keteguhanmu
ketika yahudi-yahudi membantaimu
merah berkesumba di tanah airmu
mewangi harum genangan darahmu
membebaskan bumi jihad Palestina
perjuangan telah kau bayar dengan jiwa
syahid dalam cinta-Nya

:: Jejak Kalian ::
:: Karya Pilihan ::

Anak Pelarian

sejak dilahirkan dari rahim ibu
mereka belajar
di sekolah hidup menguji
sengketa keliling
mendewasakan mereka
kepayahan adalah
permainan hari-hari
khemah itu adalah
mimpi yang sukar
malam yang memanjang
diisi dengan kelaparan
fajar subuh adalah harapan
sebuku roti
penyambung nyawa yang
semakin genting

::Sahrunizam Abdul Talib::
::Mingguan Wanita::
::1 Mac 2002::

:: Jumlah Kunjungan ::

Free Web Site Counter

sedang membaca

:: Tikaman Madah ::

Menjelang malam, pernahkah kau pasang telinga di dinding jarang pondok petani sebelum dihembusnya pelita derita. Pemimpin; kau cuma bermain kata-kata.

::kemakmuran::
oleh: Anbakri Haron

SUARA 3 - SUNGAI KASIH
Wednesday, November 22, 2006
Dulu masa sekolah rendah, saya tak perlu berebut tempat setiap kali peperiksaan. Nombor 1 mesti nama saya. Rekod tu saya pegang sampai darjah 6. Tapi saya meninggalkan sekolah dengan rekod yang kurang menarik. Peperiksaan akhir tahun darjah 6 saya dapat nombor 2. Mungkin sebab terlalu enjoy sebab dah habis UPSR.

Tapi untuk peperiksaan tu, saya dapat hadiah pelajar terbaik untuk BM. Maka saya terima hadiah antologi Suara 3 – Sungai Kasih. Saya balik dan mula membaca dengan penuh semangat.

Malangnya saya jadi bingung. Saya boleh faham ayat-ayatnya, tapi saya tak faham apa pemikiran di sebalik setiap puisi atau cerpen dalam antologi tu.

Akhirnya saya baca ulasan panel hakim sahaja. Antara panelnya ialah Sdr Amida dan Sdr Kamariah Kamaruddin.

Saya tak puas hati. Takkan setakat baca ulasan panel je. Lagipun kalau karya ni tak bagus, kalau karya ni orang tak faham, macamana panel penilai boleh faham, dan angkat sebagai pemenang?

Jadi saya baca juga. Tiap2 hari, hingga akhirnya habis.

(Dalam banyak2 tu, saya tertarik dengan cerpen Shahnon Ahmad, dan puisi T. Alias Taib).

Masuk sekolah menengah, saya nampak nama ’Shahnon Ahmad’ di perpustakaan. Saya pinjam novel Srengenge bawa pulang ke asrama. Sekali lagi saya pening. Saya tak ingat apa2 isi novel tu kecuali ’celapak... celapak... celapak...’. J

Kebetulan pula, 2 tahun sebelum tu, saya pernah terbaca buku Keris Mas. Saya tambah bingung, karya sasterawan negara wajib ’memeningkan’ ke?

Tapi selepas menghabiskan Sungai Kasih, saya jadi seronok. Berbeza dengan bahan2 bacaan yang saya jumpa ketika itu. Maka setiap kali membelek buku2 di rak, saya akan teruja kalau nampak nama2 yang ada dalam antologi tu. Seperti Arenawati, Husna Nazri, Dayang M, Shahnon Ahmad, Hilmi Rindu dll.

Sekarang, Sungai Kasih tu masih ada bersama saya. Dibawa ke mana2. Dah lebih 10 tahun. Bukunya dah kuning. Tapi saya sayang. Sebab saya mula minat membaca karya sastera kerana tercabar dengan ’ketidakmampuan’ saya memahami isi antologi tu.

::
”sape? anda ditangkap polis dbp”. Ok, saya di’ugut’ seseorang sebaik melihat tajuk entri di bawah. Baiklah, sila gantikan ’SAPE’ pada tajuk di bawah dengan ’SIAPA’. Ok? :)
kata Hani pada 8:08 PM   0 reaksi
SAPE KATA SAYA MOGOK
Sunday, November 05, 2006
#
Baru balik dari kampung. Lebih seminggu demam teruk. Alhamdulillah dah sihat.

#
Sorang kawan call. Dia baru mula kerja di Shah Alam. Setelah sebelum ni kerjanya asyik berpindah randah. Sahabat yang menyenangkan.

Kata orang, kalau perkenalan bermula dan berlangsung dengan cara yang baik, insyaallah akan kekal. Kami kenal dan akrab waktu sama2 berkongsi ilmu yang tak seberapa di Rumah Barkat sepanjang 2005 yang lepas. Senang hati tengok dia mendekati anak2 yang dikasihi Nabi tu. Anak2 yatim.

#
Ada satu entry Jun lepas, tentang ‘keserabutan’ saya berdepan dengan pembentangan proposal untuk dapatkan geran penyelidikan. (Marina, ingat lagi tak, yang salah seorang penilainya Prof Zakaria tu?). Keputusan dah keluar, dan alhamdulillah berjaya! Khabarnya cuma 20% permohonan yang berjaya. Betul ke tak, tak tau la.

#
Semalam ke kedai buku. Beli majalah. Waktu bayar, jurujual tu menegur ramah.
”Adik sorang je yang datang beli Dewan Sastera kat sini”. Saya senyum. Memang pun, malah saya ’paksa’ kedai tu ambil juga majalah tu dari pembekal. Dan dia ambil, cuma senaskhah sebulan, untuk saya.

”Tak baca ke URTV, HAI etc?”.
“Baca, kadang2”. Jawab saya. “Tapi tak beli”.
“Kenapa? Sayang duit? Dewan Sastera lagi mahal dari Mangga” Dia tanya lagi. Masih senyum.
“Isi kandungan dalam Mangga tak valid untuk jangka panjang”. Saya tamatkan perbualan.

Terima kasih sebab simpankan DS dan TC tiap2 bulan untuk saya.

#
Kak Salha dan Zakir, selamat menempuh alam rumahtangga, tak lama lagi.
kata Hani pada 3:27 PM   7 reaksi

:: Tuan Rumah ::

Nama: Hani

Tinggal di
Pahang-Johor-Terengganu, Malaysia

Tentang saya:
Practical. Visual learner. Music and rhythm alert. Love colors, art and literature like crazy. Optimist. Loyal. Reliable. Creative. Daydreamer. Intuitive. Full of emotions. Intelligent. Comfortable with conversation and teamwork.

Baca lagi

Lukisan oleh: Daun Hijau
:: Entri Terkini ::
:: Entri Dulu-dulu ::
:: Rangkaian ::
© 2005 TERBANG TINGGI Tema: Tech Blue. Rekaletak: Isnaini dan Hani