TERBANG TINGGI

Kau ingin tahu terbang tinggi apa pengertiannya. Kau perlahan-lahan melangkahkan kaki. Cuba mendaki sejauhnya langit yang tinggi. Seperti mereka yang telah merasa terbang tinggi apa pengertiannya.

 
:: Lensa ::

Menanti Di Barzakh


ku merintih.. aku menangis..
ku meratap.. aku mengharap..
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata

perjalanan rohku
melengkapi sebuah kembara
singgah di rahim bonda
sebelum menjejak ke dunia
menanti di barzakh
sebelum berangkat ke mahsyar
diperhitung amalan
penentu syurga atau sebaliknya

tanah yang basah berwarna merah
semerah mawar dan juga rindu
tujuh langkah pun baru berlalu
seusai talkin bernada syahdu
tenang dan damai di pusaraku
nisan batu menjadi tugu
namun tak siapa pun tahu
resah penantianku

terbangkitnya aku
dari sebuah kematian
seakan kudengari
tangis mereka yang kutinggalkan
kehidupan disini
bukan suatu khayalan
tetapi ia sebenar kejadian

kembali roh kembali
kembalilah ke dalam diri
sendirian sendiri
sendiri bertemankan sepi
hanya kain putih yang membaluti tubuhku
terbujur dan kaku
jasad di dalam keranda kayu

ajal yang datang di muka pintu
tiada siapa yang memberitahu
tiada siapa pun dapat hindari
tiada siapa yang terkecuali
lemah jemari nafas terhenti
tidak tergambar sakitnya mati
cukup sekali tak sanggup
untuk ku mengulangi

jantung berdegup kencang
menantikan malaikat datang
menggigil ketakutan
gelap pekat dipandangan
selama ini diceritakan
kini aku merasakan
di alam barzakh jasad dikebumikan

ku merintih aku menangis
ku meratap aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata...

Lagu: Fadzli Far East
Lirik: Ito Lara

Merah Saga


saat langit berwarna merah saga
dan kerikil perkasa berlarian
meluncur laksana puluhan peluru
terbang bersama teriakan takbir

semua menjadi saksi
atas langkah keberanianmu
kita juga menjadi saksi
atas keteguhanmu
ketika yahudi-yahudi membantaimu
merah berkesumba di tanah airmu
mewangi harum genangan darahmu
membebaskan bumi jihad Palestina
perjuangan telah kau bayar dengan jiwa
syahid dalam cinta-Nya

:: Jejak Kalian ::
:: Karya Pilihan ::

Anak Pelarian

sejak dilahirkan dari rahim ibu
mereka belajar
di sekolah hidup menguji
sengketa keliling
mendewasakan mereka
kepayahan adalah
permainan hari-hari
khemah itu adalah
mimpi yang sukar
malam yang memanjang
diisi dengan kelaparan
fajar subuh adalah harapan
sebuku roti
penyambung nyawa yang
semakin genting

::Sahrunizam Abdul Talib::
::Mingguan Wanita::
::1 Mac 2002::

:: Jumlah Kunjungan ::

Free Web Site Counter

sedang membaca

:: Tikaman Madah ::

Menjelang malam, pernahkah kau pasang telinga di dinding jarang pondok petani sebelum dihembusnya pelita derita. Pemimpin; kau cuma bermain kata-kata.

::kemakmuran::
oleh: Anbakri Haron

BILA WAKTU TELAH BERAKHIR
Saturday, December 09, 2006
Benci cerita Mr. Bean. Pengotor.

Kamus Dewan kata, absurd tu maksudnya unreasonable, illogical, laughable.

Kod HTML untuk warna merah ialah #FF0033

Tanggungjawab manusia, muslim mukmin ialah mengajak yang makruf, mencegah yang mungkar.

Esok pergi bank. Clearkan cek.

Uncle dari Pustaka Prinsip bagi planner untuk 2007. Terima kasih.

Coklat dah habis.

Dah seminggu abah tak call.

Keluar berdua suka-suka dengan lelaki ajnabi tu Tuhan marah. Kenapa tak faham-faham.

Suara Opick best. Lagu-lagu Opick best.

Bila nak sihat ni. Tak suka makan ubat.

’Pergi Tanpa Pesan’.. Kenapa pula bagi kat aku?

bagaimana mungkin aku memenangkan pertarungan ini
mungkin kau butuhkan pahlawan yang lain selain diriku
kau tak pernah mengerti seberapa keras ku terjatuh
aku adalah kesatria yang rapuh
dan yang paling menyakitkan engkau pergi tanpa pesan
sendirian ku bertahan
lihatlah yang kau lakukan, engkau pergi tanpa pesan
aku menunggumu pulang
perdebatan ini menghancurkan semua urat sarafku
sekuat mana pun kesatria ini pasti terjatuh
kau tak pernah mengerti seberapa keras ku terjatuh
aku adalah kesatria yang rapuh..
kata Hani pada 4:56 PM   3 reaksi
AKAR KITA
Monday, December 04, 2006
SATU
Dah 11 hari esofagus tak dilalui sesuatu yang dinamakan nasi. Lapar, tapi tak selera makan nasi. Makanan ruji dah bertukar dari nasi kepada buah dan roti.

DUA
Ummu Hani mintak cerpen. Tapi aku tak menulis cerpen sejak berbulan-bulan yang lepas. Cerpen-cerpen lama, ada dalam laptop lama, yang dah rosak sejak sekian lama.

TIGA
Terima SMS dari Fahd Razy, nun dari Dublin. Pasal gambar di Profil. Tak sangka pulak jadi isu. Aku ingat takde orang nak kisah pasal gambar aku. Eheh. Bukan salah Fahd. Salah aku, biar berlarutan gambar orang lain di profil aku. Bermula dari kesilapan kecil, berlarutan. Bagi yang pernah jumpa aku, macam Fahd Razy, Fiezanur, Nimoiz, Amir Mukhriz, Dahrie, kak Rozais dan kak Zanazanzaly, memang diorang tahu yang di profil tu bukan gambar aku. Tak apa la. Dah settle pun. Terima kasih atas usaha Fahd.

EMPAT
Suka dengar lagu Anak-anak Kita, Suatu Masa, Di Balik Cermin – M. Nasir. Liriknya menarik. Walaupun orang kata terlalu klise bagi seorang peminat puisi meminati M. Nasir, tapi ya, aku memang minat, bukan M. Nasir, tapi lagu-lagunya.

LIMA
Tiba-tiba rasa nak tengok cerita Power Rangers. Nak cari CD la petang ni.
kata Hani pada 11:07 AM   0 reaksi
FC
Saturday, December 02, 2006
Balik kampung lagi. Dan dah balik semula ke sini, ke rumah sewa, Terengganu.

Kenapalah rumah sewa aku ni takde Astro. Seronoknya mengadap EPL sambil mengunyah buah mata kucing. Malam ni MU dan Liverpool ada game. Chelsea takde. Kalau tak silap la. Team lain aku tak ambil tahu sangat.

Keretapi Kuala Lipis-Wakaf Bharu pagi tadi delay sejam setengah. Dah nak azan Subuh baru sampai. Sabar je la.

Sambil-sambil menunggu keretapi, sambil tengok makcik kat kerusi sebelah nyenyak berdengkur, sambil sesekali jeling-jeling tiga anak muda lelaki perempuan yang rancak ’bertaaruf’, aku menekuni ’Bahasa Senjata’. Kumpulan puisi penyair muda Pahang – Sahrunizam Abdul Talib. Leka jadinya, tenggelam dalam patah-patah kata yang tersusun indah. Sedar tak sedar, 70 puisinya khatam pagi itu juga, untuk kali kedua. Bahasa Senjata yang memuaskan hati.

Buah tangan terbaru Sasterawan Negara Abdullah Hussain pun dah aku khatamkan. Dan Malam Apabila Ia Berlalu. Wah, hanyut seketika menelusuri perjalanan Zaman yang dikisahkan dalam novel setebal lebih 500 muka tu.

SN Abdullah Hussain cuba mengangkat peranan masjid sebagai pusat segala aktiviti masyarakat. Juga konflik-konflik yang melanda Melayu-Islam seperti antiagama, black metal, salah laku seks dll. Novel yang menyenangkan, kecuali satu, hanya babak kecil, tapi aku rasa dikecewakan – adegan Zaman bersalaman dengan Amrit dan Sarinah. Aku kecewa di situ.

:: Mr Gild, selamat pulang. Raya nanti jemput datang umah.
:: Marina, nanti rajin dan banyak masa, akak cuba.
:: Sahabat-sahabat lama dan baru, yang rajin berkunjung, terima kasih.
:: Lamanya dah tak ber-YM.
kata Hani pada 5:27 PM   0 reaksi

:: Tuan Rumah ::

Nama: Hani

Tinggal di
Pahang-Johor-Terengganu, Malaysia

Tentang saya:
Practical. Visual learner. Music and rhythm alert. Love colors, art and literature like crazy. Optimist. Loyal. Reliable. Creative. Daydreamer. Intuitive. Full of emotions. Intelligent. Comfortable with conversation and teamwork.

Baca lagi

Lukisan oleh: Daun Hijau
:: Entri Terkini ::
:: Entri Dulu-dulu ::
:: Rangkaian ::
© 2005 TERBANG TINGGI Tema: Tech Blue. Rekaletak: Isnaini dan Hani