|
| TIKAR |
| Tuesday, January 30, 2007 |
Jika kamu baca Dewan Sastera Januari 2007, kamu mungkin terperasan sebuah sajak bertajuk ’Anak Penjual Tikar dan Manusia Sekitar’. Saya tak suka tajuk tu, tapi saya tak terfikir tajuk lain yang lebih sesuai.
Itu sajak lama. Saya tulis sekitar Mac atau April 2006.
Sajak tu punya nilai tersendiri bagi saya. Ia sajak pertama saya letakkan di komuniti esastera, setelah lebih 7 bulan sekadar menjadi pemerhati komuniti tersebut. Ya, 7 bulan adalah satu tempoh yang agak lama.
Sajak yang sama juga terpilih sebagai sajak pilihan oleh Awang Abdullah, ketika program Khemah Sastera Negeri Terengganu, Ogos 2006.
Dan ia juga pernah ditegur beberapa penulis, kerana dikatakan mirip gaya penyair T. Alias Taib, sedangkan ketika sajak itu ditulis, saya tak familiar langsung bagaimana rupa sajak-sajak T. Alias Taib (al-Fatihah buat beliau yang sudah kembali ke rahmatullah).
Oh, masuk hari ni, sudah berminggu-minggu saya tak menulis sajak. Saya rasa kepekaan saya terhadap apa yang berlaku di sekeliling seolah-olah semakin luntur.
Kepada secebis bakat yang ada, maafkan aku. |
kata Hani pada 8:44 PM  |
|
|
|
| JEBAT DUA SEKAWAN |
| Monday, January 22, 2007 |
Ada dua orang Jebat yang sangat berlagak apabila Liverpool menang menentang Chelsea, dan Arsenal pula menewaskan Manchester United.
Biarlah Jebat pertama itu berlagak kali ni, kerana hari tu Arsenal sudah kalah di tangan Sheffield United. Sudah la keeper Sheffield waktu tu injured. Pun boleh kalah. Malu sungguh.
Dan biarlah Jebat kedua itu juga mahu berlagak, kerana baru-baru ni beliau dalam kekecewaan yang teramat apabila Liverpool pujaannya kalah dua kali dalam tempoh seminggu. Lebih memilukan apabila kehilangan peluang merebut dua piala. Kekalahan di tangan Arsenal, kedua-duanya.
Tapi yang sedikit memusykilkan ialah apabila Jebat kedua itu sanggup bersekongkol dengan Jebat pertama, iaitu penyokong Arsenal, pasukan yang mengalahkan pasukan kesayangannya, semata-mata untuk tidak menyokong pasukan kegemaran seorang budak baik bernama Hani. Tak patut sungguh.
Kepada kedua-dua Jebat tersebut, iaitu Jebat Zulkarnain dan Jebatsari, saya akhiri entri kali ini dengan ucapan ”usahlah berlagak sangat. Mereka tak bayar gaji kat kalian pun”. Kepada pembaca lain, pengetahuan am; Mark Gonzalez kacak.
Sekian.
|
kata Hani pada 10:43 PM  |
|
|
|
| LAGU |
| Sunday, January 14, 2007 |
Aku surprise juga bila Hero a.k.a Dee tahu lagu Pergi Tanpa Pesan tu. Sebab setakat ni, di kalangan kenalan aku, belum ada yang tahu bila aku sebut Jikustik.
Lagu-lagu Jikustik kebanyakannya menyentuh hati, dari segi lirik dan melodinya, terutama bagi orang yang hangat bercinta, tak terkecuali yang putus cinta.
Macam yang pernah aku baca, dalam hampir semua keadaan, lagu memainkan peranan dalam mempengaruhi emosi seseorang. Sebab ia boleh dirakam oleh minda bawah sedar.
Katakan seseorang tu suka dengar lagu motivasi. Secara tak langsung dia akan jadi bersemangat. Kalau dengar lagu ketuhanan, jiwa akan lebih tenteram. Dengar lagu syahdu waktu putus cinta, akan terbawa-bawa dengan emosi sedih tu. Melayan perasaan memanjang. Dengar lagu ’ganas-ganas’, akan cenderung untuk berjiwa memberontak.
Begitulah seterusnya.
Pernah ada satu lagu, yang membuatkan beberapa orang, termasuk penulisnya, membunuh diri, hanya kerana terlalu sedih dengan melodi dan liriknya. Aku lupa apa tajuk lagu tu.
Ada lagi nak cakap, tapi dah tak larat nak taip. Dah la.
:: Winamp aku sedang mengalunkan lagu Kuserahkan - Stinky. Layan je la. |
kata Hani pada 8:59 PM  |
|
|
|
| PUTUS TUNANG |
| Monday, January 08, 2007 |
Sahabat saya putus tunang. Saya tak pandai memujuk. Tapi saya bersedia jadi pendengar, dan memberi respon sekali-sekala, supaya dia tak rasa seperti bercakap dengan meja.
Ketika dia mabuk bercinta, kami (saya dan seorang kawan) pernah tanya, elokkah urusan agama lelaki itu?
”Sembahyangnya tak berapa cukup. Tapi nanti berubah la”
Keluarga lelaki tu macamana?
”Ayah dia kahwin tiga. Dia pun nak kahwin dua. Aku tak kisah, asalkan aku nombor satu”
Dia belajar kat mana dulu?
”Sampai SPM, tak masuk U mana-mana. Tapi takpe, aku ada kerja”
Kau dah tak macam dulu. Pakaian, pergaulan, cara menilai kehidupan.
”Tak tahulah. Bila dia nak ringan-ringan, aku kalah. Kalau tak, nanti dia merajuk”
Ini bukan jenis lelaki yang kau suka.
”Entahlah. Aku suka dia. Tak pernah ada lelaki sayang aku macam ni”
Kami diam. Sebab seingat kami, dulu, di kalangan kami, dia antara yang paling menjaga sebarang bentuk hubungan lelaki-perempuan.
Kami saling berdoa dalam hati, Ya Allah selamatkanlah kawan aku ni.
Dan tahu-tahu, dia sudah putus tunang.
:: Masuk ni, sudah tiga orang kenalan rapat saya putus tunang..... hmm. |
kata Hani pada 2:18 PM  |
|
|
|
| MEMANG MERIAH |
| Thursday, January 04, 2007 |
Di bawah adalah sebahagian gambar-gambar yang dirakamkan ketika majlis Hadiah eSastera.Com (HeSCOM) yang berlangsung di Menara DBP baru-baru ni. Kredit buat saudara Azizul Ikhwan a.k.a Ode.
Menariknya, program ni mempertemukan penulis dan pencinta sastera dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.
Bermula 23 Disember 2006 aku sudah tercegat di Rumah Gapena. Pulang pada tengahari 25 Disember. Sepanjang tempoh tu, terlalu banyak yang menarik. Kalau rajin aku catat la nanti.
Dalam beratus senarai yang hadir, aku teringin menyapa Dinsman, Rudy Bluehikari, Datuk Johan Jaafar, Cikgu Hasimah, Anbakri dan Kak Tintasukma.
Berjaya, kecuali Datuk JJ dan Dinsman.
Frustnya tak dapat menyapa Dinsman. Aku suka teks drama pentasnya.
Bukan Bunuh Diri, Protes dan Jebat.
Tak apa. Mungkin lain kali.
|
kata Hani pada 10:45 AM  |
|
|
|
| SEKALI-SEKALA |
| Wednesday, January 03, 2007 |
Kuntum Rindu Yang Kausemai
perlahan-lahan yang berhembus ke mimpiku itu bayu rindumu dan perlahan-lahan yang kenyamanan itu lena malamku
hari ke hari yang gigih kausemai itu benih cintamu dan hari ke hari yang kian berputik itu tunas impianku
satu persatu yang cuba kaucantas itu pucuk ragumu dan satu persatu yang semakin layu itu pohon sangsiku
pagi ini, aku di taman hatimu meliar memetik mekar terindah
lihat, lihat jambangan yang mengharum di dakapanku
ini, sejambak kuntum rindu
ini sejambak kuntum rindu yang benihnya kausemai lama dulu
Hani Kuala Lipis-Wakaf Bharu 12.12.1427 |
kata Hani pada 7:37 PM  |
|
|
|
|
 |
| :: Tuan Rumah :: |
|

|
Nama: Hani
Tinggal di Pahang-Johor-Terengganu, Malaysia
Tentang saya: Practical. Visual learner. Music and rhythm alert. Love colors, art and literature like crazy. Optimist. Loyal. Reliable. Creative. Daydreamer. Intuitive. Full of emotions. Intelligent. Comfortable with conversation and teamwork.
Baca lagi
|
| Lukisan oleh: Daun Hijau |
| :: Entri Terkini :: |
|
| :: Entri Dulu-dulu :: |
|
|
| :: Rangkaian :: |
|
|
|