TERBANG TINGGI

Kau ingin tahu terbang tinggi apa pengertiannya. Kau perlahan-lahan melangkahkan kaki. Cuba mendaki sejauhnya langit yang tinggi. Seperti mereka yang telah merasa terbang tinggi apa pengertiannya.

 
:: Lensa ::

Menanti Di Barzakh


ku merintih.. aku menangis..
ku meratap.. aku mengharap..
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata

perjalanan rohku
melengkapi sebuah kembara
singgah di rahim bonda
sebelum menjejak ke dunia
menanti di barzakh
sebelum berangkat ke mahsyar
diperhitung amalan
penentu syurga atau sebaliknya

tanah yang basah berwarna merah
semerah mawar dan juga rindu
tujuh langkah pun baru berlalu
seusai talkin bernada syahdu
tenang dan damai di pusaraku
nisan batu menjadi tugu
namun tak siapa pun tahu
resah penantianku

terbangkitnya aku
dari sebuah kematian
seakan kudengari
tangis mereka yang kutinggalkan
kehidupan disini
bukan suatu khayalan
tetapi ia sebenar kejadian

kembali roh kembali
kembalilah ke dalam diri
sendirian sendiri
sendiri bertemankan sepi
hanya kain putih yang membaluti tubuhku
terbujur dan kaku
jasad di dalam keranda kayu

ajal yang datang di muka pintu
tiada siapa yang memberitahu
tiada siapa pun dapat hindari
tiada siapa yang terkecuali
lemah jemari nafas terhenti
tidak tergambar sakitnya mati
cukup sekali tak sanggup
untuk ku mengulangi

jantung berdegup kencang
menantikan malaikat datang
menggigil ketakutan
gelap pekat dipandangan
selama ini diceritakan
kini aku merasakan
di alam barzakh jasad dikebumikan

ku merintih aku menangis
ku meratap aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata...

Lagu: Fadzli Far East
Lirik: Ito Lara

Merah Saga


saat langit berwarna merah saga
dan kerikil perkasa berlarian
meluncur laksana puluhan peluru
terbang bersama teriakan takbir

semua menjadi saksi
atas langkah keberanianmu
kita juga menjadi saksi
atas keteguhanmu
ketika yahudi-yahudi membantaimu
merah berkesumba di tanah airmu
mewangi harum genangan darahmu
membebaskan bumi jihad Palestina
perjuangan telah kau bayar dengan jiwa
syahid dalam cinta-Nya

:: Jejak Kalian ::
:: Karya Pilihan ::

Anak Pelarian

sejak dilahirkan dari rahim ibu
mereka belajar
di sekolah hidup menguji
sengketa keliling
mendewasakan mereka
kepayahan adalah
permainan hari-hari
khemah itu adalah
mimpi yang sukar
malam yang memanjang
diisi dengan kelaparan
fajar subuh adalah harapan
sebuku roti
penyambung nyawa yang
semakin genting

::Sahrunizam Abdul Talib::
::Mingguan Wanita::
::1 Mac 2002::

:: Jumlah Kunjungan ::

Free Web Site Counter

sedang membaca

:: Tikaman Madah ::

Menjelang malam, pernahkah kau pasang telinga di dinding jarang pondok petani sebelum dihembusnya pelita derita. Pemimpin; kau cuma bermain kata-kata.

::kemakmuran::
oleh: Anbakri Haron

DILEMA
Thursday, February 15, 2007
9-11 Mac 2007
Akademi Sastera Siber 2 (AKSES 2). PCB, Kelantan.

9-11 Mac 2007
Gathering alumni Caring Club UTM. Port Dickson.

Tolong saya!

AKSES 2, saya sangat ingin turut serta, setelah bersama sahabat-sahabat dan adik-adik di AKSES 1 yang sangat meriah Ogos tahun lepas. Yang mempertemukan saya dengan kenalan yang berbeza latar belakang, tapi sangat serasi seperti saudara sendiri. Itu sehari. Ini 3 hari, tentu berganda kemeriahan dan keindahan kenangannya. Malam penutup, ketika YB Abdul Patah kata, akan ada lagi AKSES sebelum Julai 2007, saya sudah berkata dalam hati, saya pasti akan turut serta. Lagipun pertemuan dengan ahli esastera, sentiasa meninggalkan kenangan manis yang sentiasa terkenang satu-persatu. Setelah menanti penuh semangat, rugi rasanya kalau terlepas.

Gathering alumni CC UTM, dah tentu saya ingin turut serta. Antaranya sebab saya antara pengasas kelab tersebut. Yang menandatangani perlembagaan, membuat kertas kerja penubuhan, bersama jawatankuasa adhoc. Yang bermula dengan kosong, bermesyuarat di foyer library, sesekali kafe, atau di tangga dewan atau menumpang bilik mesyuarat mana-mana kolej kediaman, hinggalah mempunyai bilik kelab sendiri lengkap TV. Yang bermula dengan duit poket sendiri, hinggalah ketika kami (pengasas) letak jawatan, kelab kami sudah miliki dana berbelas ribu dalam akaun. Yang dalam masa setahun, kumpul lebih 20 ahli aktif dan setia, tidak termasuk ahli berdaftar lain. Yang mempertemukan saya dengan sahabat dari 17 kolej kediaman berbeza, dan dari 10 fakulti berbeza. Yang juga menambahkan bilangan kenalan dari universiti-universiti lain yang punyai kelab yang berkongsi visi dan misi seperti kami. Saya sangat ingin bersama mereka di PD.

Saya, dalam dilema.
kata Hani pada 12:10 PM   2 reaksi
BENGKEL PENULISAN, HILMI RINDU
Sunday, February 04, 2007
Malam tadi Bengkel Penulisan Islami GKLN-Adabuna. Semangat sangat nak dengar. Sekali ”unable to connect to voice server”. Uwaaa… sabar je la. Mintak Hafez save dan recordkan. Selesai saja bengkel, Hafez maklumkan, dah save, dah record, tapi tak penuh. Takpe, cukup apa yang ada. Cuma tak dapat upload semalam sebab Hafez bergegas nak drive balik. Kesian, berbengkel seawal jam 1 pagi, berakhir setelah jam mencecah angka tiga. Apa pun, aku sangat kagumi usaha ni. Tahniah buat pembimbing, urusetia, moderator, dan peserta, juga pemerhati.

Cikgu Hilmi Rindu call. ”Hani, sajak Hani tersiar lagi, di Dewan Sastera Februari. Tahniah”. Aku dah tahu, cuma belum tengok. Aku tahu dari catatan Nimoiz dan Wikunila a.k.a. Keranji. ”Terima kasih”, kata aku. ”Hani tengah buat apa tu?”. ”Membaca, sambil merenung-renung Menuai Mimpi”. Dia ketawa besar. Aku juga ketawa, sedikit ayu, spontan. ”Betul?”, barangkali dia sangka aku bergurau. ”Betul”, mengiyakan. ”Mukasurat 41 sekarang, Kata Luka”, tambah aku, perlahan, lebih kepada bercakap sendiri.

Menuai Mimpi adalah antologi puisi bersama Hilmi Rindu dan Wikunila M.S., dua nama besar dunia kepenyairan tanah air, Terengganu khususnya. Diterbitkan pada tahun 2004 oleh Kelas Teater Terengganu. Hadiah Cikgu Hilmi kepada aku Ogos lepas, sebagai motivasi berkarya katanya. Sebagai apresiasi minat aku terhadap karyanya juga.

Sebelum perbualan berakhir, sempat dia minta alamat rumah aku di Pahang. Ada nak pos sesuatu katanya. Dan sempat juga dia titipkan kata-kata nasihat dan motivasi, terutama berkaitan puisi. Nak melompat-lompat rasanya. Baru je dua tiga hari lepas aku teringatkan dia, tahu-tahu dapat call. Instinct, kata orang.

Oh ya, puisi Cikgu Hilmi juga ada di DS Februari. Ada ralat katanya, sikit je, tapi besar efeknya, terutama dari segi keseluruhan makna. Perkataan ’lebih’ dalam puisinya tu sepatutnya adalah ’lebah’. Ya, aku juga pernah. Sajak di Berita Minggu Jun lalu. ’Mehnah’ jadi ’merah’. Bukankah berbeza maksudnya? :)

Oklah. Sekian. Pulang dulu. Mahu pergi makan dengan adik di KUSZA.
kata Hani pada 7:09 PM   1 reaksi

:: Tuan Rumah ::

Nama: Hani

Tinggal di
Pahang-Johor-Terengganu, Malaysia

Tentang saya:
Practical. Visual learner. Music and rhythm alert. Love colors, art and literature like crazy. Optimist. Loyal. Reliable. Creative. Daydreamer. Intuitive. Full of emotions. Intelligent. Comfortable with conversation and teamwork.

Baca lagi

Lukisan oleh: Daun Hijau
:: Entri Terkini ::
:: Entri Dulu-dulu ::
:: Rangkaian ::
© 2005 TERBANG TINGGI Tema: Tech Blue. Rekaletak: Isnaini dan Hani