TERBANG TINGGI

Kau ingin tahu terbang tinggi apa pengertiannya. Kau perlahan-lahan melangkahkan kaki. Cuba mendaki sejauhnya langit yang tinggi. Seperti mereka yang telah merasa terbang tinggi apa pengertiannya.

 
:: Lensa ::

Menanti Di Barzakh


ku merintih.. aku menangis..
ku meratap.. aku mengharap..
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata

perjalanan rohku
melengkapi sebuah kembara
singgah di rahim bonda
sebelum menjejak ke dunia
menanti di barzakh
sebelum berangkat ke mahsyar
diperhitung amalan
penentu syurga atau sebaliknya

tanah yang basah berwarna merah
semerah mawar dan juga rindu
tujuh langkah pun baru berlalu
seusai talkin bernada syahdu
tenang dan damai di pusaraku
nisan batu menjadi tugu
namun tak siapa pun tahu
resah penantianku

terbangkitnya aku
dari sebuah kematian
seakan kudengari
tangis mereka yang kutinggalkan
kehidupan disini
bukan suatu khayalan
tetapi ia sebenar kejadian

kembali roh kembali
kembalilah ke dalam diri
sendirian sendiri
sendiri bertemankan sepi
hanya kain putih yang membaluti tubuhku
terbujur dan kaku
jasad di dalam keranda kayu

ajal yang datang di muka pintu
tiada siapa yang memberitahu
tiada siapa pun dapat hindari
tiada siapa yang terkecuali
lemah jemari nafas terhenti
tidak tergambar sakitnya mati
cukup sekali tak sanggup
untuk ku mengulangi

jantung berdegup kencang
menantikan malaikat datang
menggigil ketakutan
gelap pekat dipandangan
selama ini diceritakan
kini aku merasakan
di alam barzakh jasad dikebumikan

ku merintih aku menangis
ku meratap aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata...

Lagu: Fadzli Far East
Lirik: Ito Lara

Merah Saga


saat langit berwarna merah saga
dan kerikil perkasa berlarian
meluncur laksana puluhan peluru
terbang bersama teriakan takbir

semua menjadi saksi
atas langkah keberanianmu
kita juga menjadi saksi
atas keteguhanmu
ketika yahudi-yahudi membantaimu
merah berkesumba di tanah airmu
mewangi harum genangan darahmu
membebaskan bumi jihad Palestina
perjuangan telah kau bayar dengan jiwa
syahid dalam cinta-Nya

:: Jejak Kalian ::
:: Karya Pilihan ::

Anak Pelarian

sejak dilahirkan dari rahim ibu
mereka belajar
di sekolah hidup menguji
sengketa keliling
mendewasakan mereka
kepayahan adalah
permainan hari-hari
khemah itu adalah
mimpi yang sukar
malam yang memanjang
diisi dengan kelaparan
fajar subuh adalah harapan
sebuku roti
penyambung nyawa yang
semakin genting

::Sahrunizam Abdul Talib::
::Mingguan Wanita::
::1 Mac 2002::

:: Jumlah Kunjungan ::

Free Web Site Counter

sedang membaca

:: Tikaman Madah ::

Menjelang malam, pernahkah kau pasang telinga di dinding jarang pondok petani sebelum dihembusnya pelita derita. Pemimpin; kau cuma bermain kata-kata.

::kemakmuran::
oleh: Anbakri Haron

FENG SHUI & PEJABATKU
Wednesday, May 30, 2007
Menurut amalan feng shui, keadaan pejabat yang ideal ialah berdasarkan ciri berikut:

1. meja tak boleh menghadap terus pintu masuk. Seeloknya di sudut kiri bilik. Tujuannya, kamu nampak siapa yang melangkah masuk. Ini memberikan rasa selamat dan kuasa.
2. guna kerusi yang mempunyai bahagian sandar lebih tinggi.
3. duduk membelakangi dinding dan bukan menghadap dinding.
4. meja perlu berada dekat tingkap untuk beri udara dan pemandangan segar. Tapi bukan menghadap tepat pada tingkap.
5. paling baik jika pemandangan luar pejabat adalah pokok-pokok.
6. elak duduk di meja yang belakangnya kabinet fail dan rak buku yang terdedah. Ini boleh menambah tekanan perasaan, tekanan kerja dan kekecewaan.

Meja kerja aku kat pejabat?

1. straight ke pintu masuk. Menghadap dinding.
2. dulu guna kerusi yang bahagian sandar lebih tinggi, tapi buat aku tenggelam. Aku dah tukar, guna kerusi macam kat majlis-majlis makan malam tu. Eheh.
3. aku dah kata tadi, aku duduk menghadap dinding.
4. meja memang dekat dengan tingkap. Tapi pemandangan kat luar tak segar pun.
5. tarik bidai, nampak bangunan batu tiga tingkat dengan bilik-bilik kuliah dan makmal-makmal kimia. Pemandangan yang buat kamu rasa hidup kamu kaku, macam bangunan batu tu.
6. belakang aku bersusun tesis-tesis, prosiding, jurnal sains dan teknologi, fail-fail kewangan, surat-surat yang tak terhantar (macam tajuk antologi Anbakri pulak), dan yang seangkatan dengannya.

Huh!


kata Hani pada 12:32 PM   4 reaksi
ANTOLOGI PUISI
Saturday, May 26, 2007

Semalam semak-semak semula koleksi antologi puisi kesayangan aku. Ini antara yang aku ingat la. Sebahagiannya aku beli, ada yang aku ulang pinjam berpuluh kali dari library sampai jadi macam harta sendiri, dan ada yang dihadiahkan sendiri oleh penulisnya.

~ Al-Andalus Menangis (Irwan Abu Bakar & Fahd Razy; 2006)*
~ Anjung Persinggahan (Rahman Shaari; 2006)
~ Bahasa Senjata (Sahrunizam Abdul Talib; 2003)
~ Camar di Cangkir Bumi (Siti Zaleha M. Hashim; 1999)
~ Debu di Kaca (Zahari Hasib; 1995)
~ Dusun Kemesraan (Hilmi Rindu; 2002)
~ Hanya Kata (Marsli N.O; 1995)
~ Jalan Baru (Nimoiz T.Y.; 2006)
~ Kawah Gelombang (Jamaludin D; 1995)
~ Kesan Kunjungan (Rahman Shaari; 1982)
~ Kisaran Angin (Sharif Putera; 1997)
~ Laut Pohon dan Kota (Zaihasra; 1998)
~ Melati dan Bahang (Rahman Shaari; 2004)
~ Mengenang Negarawan Ulung (Amaruszati, Sahrunizam & Hamir Habeed; 2003)*
~ Menimba Laut (Nassury Ibrahim; 1996)
~ Menuai Mimpi (Hilmi Rindu & Wikunila M.S.; 2004)
~ Pasar Pengalaman (T. Alias Taib; 2004)
~ Sebuah Unggun di Tepi Danau (Muhammad Hj Salleh; 1996)
~ Segugus Embun (Hilmi Rindu; 2005)
~ Sekepal Tanah (Rahimidin Zahari; 1995)
~ Sumpah Setia Bahasa (Rejab F.I.; 1991)*
~ Surat-Surat Yang Tak Terhantar (Anbakri; 2003)
~ Taman Percakapan (Shamsudin Othman; 2006)
~ Tikaman Madah (Anbakri; 2006)
~ Wajah Diri (Shafie Abu Bakar; 1995)
~ Yang Jauh dan Dekat (Hilmi Rindu; 2005)

*antologi bersama

:: Aku sangat teringin miliki antologi-antologi T. Alias yang lain terutamanya Laut Tak Biru di Seberang Takir, Seberkas Kunci dan Pemburu Kota. Ada sesiapa mahu hadiahkan?
:: Kepada sdr Wikunila, nanti antologi baru dah siap cetak, jangan lupa bagitau saya :)

kata Hani pada 3:02 PM   2 reaksi
ANTARA DUA JUARA
Wednesday, May 23, 2007
Eheh, ini bukan cerita bola. Walaupun saya berkobar-kobar menumpang semangat AC Milan-Liverpool. Tak mau sokong sape-sape, nanti kalah lagi. Saya sokong Gerrard ngan Kaka je.



Sebenarnya nak menyentuh sebuah rencana tulisan Mohd Radzi Mohd Zin dalam Utusan Malaysia hari ni yang sangat menarik perhatian saya. Dan rasanya tak ramai yang pernah fikir (atau cuba ambil tahu) perkara yang sama.

Beliau menyebut tentang berhibur melalui nyanyian (seperti yang menjadi pilihan kebanyakan masyarakat hari ini). Dan mengenai bacaan al-Quran secara taranum/berlagu sebagai satu cabang hiburan yang seharusnya lebih diberi perhatian.

Juga bandingan secara pulangan material, bagi ’tokoh’ dalam kedua-dua bidang tersebut. Ketara perbezaannya, di mana juara pertandingan bacaan al-Quran hanya memperolehi kurang 15% jumlah hadiah yang diterima juara pertandingan nyanyian.

Pastinya bagi mereka yang mencintai al-Quran, bukan habuan berbentuk material yang menjadi tujuannya. Tapi daripada situasi ni, kita dapat nilai sendiri ke mana arahnya kecenderungan umat sekarang.

Jangan kata AF atau MI lebih berjaya berbanding tilawah al-Quran atau AQ kerana ada sokongan bukan Islam. Kerana kalau kamu perhatikan, yang beria-beria menyokong AF setiap minggu rata-ratanya adalah Melayu yang saya yakin Islam.



:: kadang-kadang tengok gak AF :(
kata Hani pada 11:57 AM   0 reaksi
KES ROMPAKAN? :D
Monday, May 21, 2007
Malam tadi kena buat financial report untuk research, starting Disember 2006-Mei 2007. Sangat tak best. Sebagai selingan, aku selongkar balik CD-CD lama kat rak, dan tadaaaa... terjumpa folder ni dalam salah satu CD. ’Kes Rompakan’. Aku gelak sorang-sorang.

And tadi, aku jalan-jalan blog Kyora. Nampak gambar-gambar Kyora ngan Miss @. Macam kebetulan pulak. Diorang pun memang terlibat secara langsung dengan kes ni.

Nak tengok apa ada dalam folder tu?


~besi untuk umpil tingkap~

~palang tingkap ruang tamu yang patah~

~sekali tengok macam batu nisan jek~

~meja study housemate aku yang kena selongkar~

~salah satu dari enam(?) almari yang diselongkar. ini paling kemas. almari lain macam kena selongkar ngan mawas~

~tabung tong gas Miss Kyora. Nampak tak pencuri tu sangat baik hati, dia tinggalkan 60 sen untuk kami~

~sape punya ni tolong angkat tangan! Ini pun pencuri tu nak angkut, apa la~
kata Hani pada 10:21 AM   5 reaksi
HE HE HE
Sunday, May 20, 2007


SATU: Walaupun Ballack, Shevchenko dan Ricardo Carvalho tak ada, dapat jugak mereka ni julang piala tertua di dunia tu. Terima kasih Drogba.

DUA: AF, Mila juara. Ramai puas hati rasanya. Saya? Tak kisah la.

TIGA: Sudah masuk hari ketiga dalam bulan Jamadil Awal. Tak sabar tunggu Ramadhan. Ramadhan sangat menenangkan.

:: Adik-adik, ejaan yang betul mengikut Kamus Dewan ialah ’Ramadan’. Tapi saya suka eja ’Ramadhan’.
kata Hani pada 8:05 AM   0 reaksi
UHUK! UHUK!
Wednesday, May 16, 2007

Uhuk! Uhuk! Uhuk!
kata Hani pada 8:10 AM   0 reaksi
PELANGI
Sunday, May 13, 2007
Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru!

Pernah lihat pelangi? Dua hari lepas, menjelang Maghrib, saya berdiri di koridor pejabat. Terlihat lengkung pelangi yang sangat cantik di jihat timur. Kalau boleh, saya mahu berdiri melihat pelangi itu sampai bila-bila.

Tipikalnya pelangi berbentuk lengkung atau hiperbola. Tapi tahu tak yang kita juga boleh tengok pelangi berbentuk bulat? Antara caranya, kita perlu berada di atas awan. Dari dalam kapal terbang misalnya. Cubalah. Teori di sebaliknya, kalian boleh baca dalam mana-mana buku Fizik.
kata Hani pada 7:06 PM   0 reaksi
MODE: BLUR
Tuesday, May 08, 2007
Ok. Ok. Ada dua blog (atau tiga? :p) memang penat. Tambahan lagi dengan dua khalayak berbeza. Kadang-kadang aku silap letak entri. Dan kadang-kadang salah satunya terabai. Ish, apa la aku ni.

Last week aku balik kampung. Celebrate ulangtahun perkahwinan parents aku yang ke-25. Happening habis. Tiga biji kek besar! Serentak dengan sambutan birthday aku. Tiap-tiap sambutan hari lahir aku, memang sentiasa best. Sebab aku lahir pada tarikh yang sama dengan tarikh perkahwinan parents aku (sape dah tau, ni aku bagitau lagi sekali). Ya, kelahiran aku adalah hadiah ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama.

Terima kasih juga kepada para housemates aku yang buat surprise dengan kek lemak berkrim tu. Haha, ceria malam tu. Lama tak berkumpul macam tu terutama sejak berakhirnya Ramadan. Masing-masing sibuk, ke lab, ke seminar, siapkan tesis, meeting, presentation, balik kampung dan sebagainya.

:: Dafi keluar. Terasa jugak, sebab aku suka tengok gelagat dia dalam diari. Shawal, performance dia Sabtu lepas memang tak best.

:: Malam Isnin, aku keluar dengan dua rakan penulis, sembang-sembang kat pantai Batu Buruk sambil minum-minum. Kat TV, Arsenal-Chelsea. Best gila, nak-naknya bila masuk second half. Sekali tu, sepuluh minit terakhir, servis problem sebab hujan lebat. Huh, sabar je la.
kata Hani pada 3:58 PM   4 reaksi
CERITA DUA MALAM
Thursday, May 03, 2007
Dua malam berturut-turut aku tengok TV hingga jam lima pagi. Apa lagi kalau bukan Liga Juara-Juara Eropah. Liverpool-Chelsea, aku tengok ngan adik lelaki aku. Dia kipas-susah-mati Liverpool. MU-AC Milan, aku tengok sorang-sorang sebab adik aku tu dah balik hostel.

Bila Agger jaringkan gol, dan rentak perlawanan hanya sedikit berubah, aku dah agak, mesti perlawanan akan berakhir dengan penalti. Apatah lagi aku tengok masa first half tu Chelsea berterabur semacam je. Aggregat 1-1 memang kekal sampai akhir masa tambahan. Adik aku bersorak-sorak bila Robben ngan Geremi gagal sempurnakan penalti. Aku tumpang sorak untuk Dirk Kuyt dan Gerrard, walaupun asalnya aku sokong Chelsea. Haha. Aku penyokong yang tak setia. Tapi tak kisah la, bagi je la Liverpool menang. Diorang macam bersungguh-sungguh sangat untuk game ni. Sampai rehatkan hampir semua pemain utama masa lawan Portsmouth hari tu.

Malam tadi, aku dengan yakinnya cakap kat adik aku, final nanti confirm Liverpool-MU. Glory Glory Man United. Haha, langsung tak betul. Awal-awal lagi Kaka dah bagi aggregat Milan-MU sama. 3-3. Belum habis separuh masa pertama, AC Milan dapat satu gol lagi. Time tu aku pun bersedia untuk tukar pasukan. Good bye MU. Rasa macam nak sokong AC Milan pulak. Hehe. Tapi tak jadi la. Kesian aku tengok MU. AC Milan punya pertahanan memang susah nak lepas. Ronaldo ngan Rooney pulak memang kena kawal habis-habisan. Emm, aku macam setuju je dengan pendapat bahawa persembahan MU semalam antara yang paling tak OK.

Aku sokong Chelsea ngan MU, dua-dua kalah. Macam World Cup hari tu, aku sokong England ngan Brazil, pun kalah.

AF, aku sokong Shawal. Jangan tersingkir minggu ni udah la.

:: Ni bukan analisis apa-apa. Aku membebel je.
kata Hani pada 5:36 PM   3 reaksi

:: Tuan Rumah ::

Nama: Hani

Tinggal di
Pahang-Johor-Terengganu, Malaysia

Tentang saya:
Practical. Visual learner. Music and rhythm alert. Love colors, art and literature like crazy. Optimist. Loyal. Reliable. Creative. Daydreamer. Intuitive. Full of emotions. Intelligent. Comfortable with conversation and teamwork.

Baca lagi

Lukisan oleh: Daun Hijau
:: Entri Terkini ::
:: Entri Dulu-dulu ::
:: Rangkaian ::
© 2005 TERBANG TINGGI Tema: Tech Blue. Rekaletak: Isnaini dan Hani