
Tajuknya ’Sifarah Panjang’. Maka kisahnya juga panjang.
Kata orang, terbaik untuk kenal diri adalah waktu musafir sendirian, kerana tiada siapa yang akan pengaruhi kita waktu tu melainkan diri sendiri. Dan antara waktu terbaik untuk kenal sahabat, juga waktu dalam permusafiran. Kerana di situ terserlah warna sebenar seseorang – selain dua lagi waktu penting, iaitu waktu kesusahan dan juga situasi di mana seseorang perlu membuat pilihan antara kepentingan diri atau kepentingan orang lain.
Khamis lepas. Pertama kali aku ke Perak. Untuk program motivasi di SMK Raja Shahriman, Beruas. Habis waktu pejabat, aku bergegas ke bandar KT, cari tiket. Yang ada cuma Ipoh dan Lumut. Aku nak ke Bagan Serai. Setelah bincang2 dengan kawan aku, Ina, aku beli tiket ke Butterworth. Bergegas balik ke rumah, makan,
packing, dan dengan separa sabar menunggu tuan rumah yang berlengah2 datang kutip sewa. Bertolak jam 9 malam, dan sampai esoknya jam 5 pagi. Gelap. Aku tak tahu mana nak tuju. Jadi aku ke surau KTM yang berdekatan, qasar Isyak & tunggu Subuh. Teringat perjalanan malam tadi, aku leka memandang langit & pokok2 sepanjang jalan. Aku berbisik dalam hati, ”pokok, mari sama2 doa kepada Allah, semoga perjalanan aku selamat”.
Jam 6.30pg aku ambil bas ke Parit Buntar, sebelum seterusnya ke Bagan Serai. Dalam bas tu semua lelaki. Dan ada satu
group lelaki muda. Mengganggu aku sepanjang jalan. Bila aku tak layan, salah seorang tu berpindah duduk sebelah aku, rapat2. Makin aku beranjak ke tingkap, makin dia mendekat. Aku nekad, kalau dia sampai sentuh aku, memang aku lempang dia kat situ. Aku rasa diorang adalah kelompok lelaki yang tak tahu hormat perempuan. Kalau diorang menyapa baik-baik, aku boleh je berbual. Dalam perjalanan tu, matahari baru nak muncul dari sebalik awan. Langit bercampur biru, putih dan jingga. Subhanallah. Sangat cantik. Aku rasa kerdil. Tapi kehadiran lelaki2 tu buat aku betul2 terganggu.
Sampai di Bagan Serai, aku terpaksa menunggu hampir 3 jam, atau mungkin lebih. Aku cuba belai sabar. Selebihnya adalah rasa syukur, Dia pelihara keselamatan aku sepanjang perjalanan – yang benar2 buat aku kenal diri. Redha dan tawakkal aku di tahap optimum.
Lepas tu, bermula satu lagi episod yang menguji. Bila nak beli tiket balik ke Terengganu. Waktu ni aku sangat terusik dgn kawan2. Kredit yang dah nak habis. Kaunter tiket yang tutup. Tiket ke Terengganu tak ada. Yang ada cuma Kuantan dan Kelantan. Atau alternatif lain ke KL. Aku cuba kontek diorang, tapi tak sangka pulak diorang biarkan, siap
reject call. Bila aku tanya, masa yang diambil untuk jawab sangat lama. Bila aku
call, tak berjawab. Sangat kecewa. Aku yang perempuan, redah semua ni sorang2, dan jejak bumi Perak ni buat pertama kali, untuk mereka. Demi kawan2.
Teringat kata2 Kak Asiah sehari sebelum tu, ”buat apa susah payah berpenat pergi jauh2 setakat nak jumpa kawan2. Duduk rumah, rehat dan
study, itu lagi bagus”. Waktu tu memang aku terfikir, untuk apa aku berdiri lagi kat situ kalau diorang sebenarnya tak perlukan pun aku. Nyaris2 aku buat keputusan beli tiket dan balik semula ke Terengganu.
Nak bincang siapa yang boleh amik aku kat plaza tol Changkat Jering pun payah. Aku tanya kereta ada kosong lagi pun tak jawab. Aku kesiankan Ina. Kami di Kamunting sejak petang membawa ke malam. Dah la esoknya dia kerja. Aku tanya diorang tu bukan untuk apa, cuma untuk jawapan ya atau tidak. Bila itu dipandang ringan, aku benar2 kecewa.
Bila tak dapat tiket kat Kamunting, ditambah dengan penat perjalanan KT-Butterworth-Parit Buntar-Bagan Serai, akhirnya aku ngan Ina buat keputusan, cari tiket di Parit Buntar pula. Syukur, ada satu tiket,
last. Tiket bas pesiaran, dengan harga yang jauh lebih mahal dari biasa. Aku beli jugak, dah itu je cara yang ada. Walaupun sebenarnya aku ada pilihan yang lebih baik, iaitu balik dari KL.
Sebenarnya dalam kecewa dan kecil hati tu, aku pujuk hati bahawa diorang pun penat, baru balik kerja, perlu berkumpul dan terus nak bertolak ke Perak. Dan dalam situasi tu banyak lagi benda lain yang lebih penting untuk diorang uruskan selain dari fikirkan tentang aku.
Setelah kawan2 aku yang aku kenal 3-4 tahun tu tak beri keputusan pun dapat ambil aku kat Changkat Jering atau tak, aku berurusan dengan Elena. Yang hanya aku kenal melalui SMS sehari sebelum tu. Kali ni aku lebih senang hati. Setidak2nya diorang cakap dengan jelas, bahawa diorang tak pasti akan sampai pukul berapa, sebab tak lalu
highway. Ditambah sedikit masalah dalam perjalanan (kereta diorang dihimpit treler, nyaris terjun gaung). Elena dan kawan2 usulkan supaya kontek Fatah, pengarah program, yang langsung aku tak pernah kenal. Sebelum tu Elena dah tolong kontek Fatah bagi pihak aku.
Setelah berbincang dengan Fatah, dia setuju jemput aku di tol Changkat Jering. Menunggu aku – orang yang dia tak pernah kenal – jam 11.30mlm, hampir sejam, sebelum ke Beruas semula yang memakan masa hampir sejam lagi, dalam keadaan dia tak rehat langsung sejak pagi. Tengah malam tu Ina hantar aku dari Parit Buntar. Dalam hujan lebat dan penat, kami sampai juga.
(Sebenarnya keadaan taklah serumit ni asalnya.
Plan awal, aku ke Perak dari Terengganu, ke rumah Ina, dan terus ke Beruas pada hari yang sama. Mudah. Tapi bila Ina tiba2 kena bertugas hari Sabtu tu, perancangan berubah 180 darjah). Aku cari2 hikmahnya, dan akhirnya aku tahu, di sinilah Allah nak nilai kekuatan aku, Allah nak nilai juga sahabat2 aku. Malam tu, tidur dah jam 3 lebih. Esoknya, waktu taklimat fasi, nampak dua tiga wajah tu, hati aku bengkak semula. Tapi aku cuba juga senyum depan mereka. Aku tak pernah pandai simpan rasa marah lama2, tambahan lagi pada kawan2 yang pernah bertahun buat aku senyum dan ketawa. Habis di situ. Sepanjang program segalanya lancar.
Hari balik, bas jam 12.30 malam. Sekali lagi aku diuji. Naik bas pesiaran, faham2 je la. Dah la semua Cina. Bising dan sangat tak selesa. Tapi aku abaikan je. Aku pasang
earphone, dan dengar rakaman ceramah Ustaz Rozaimi (salah seorang penceramah program kami). Dalam penat, mata terlelap juga. Tahu2 aku sedar dikejutkan
driver. Sampai Jerteh. Aku turun. Tunggu bas lain. Hampir setengah jam, bas ke KT sampai. Perasaan kosong waktu tu. Apa pun yang jadi, aku dah kalis. Sampai umah sekitar jam 10 pg. Sejam lepas tu, dapat
call dari Faiz. Bertanya khabar. Letak je telefon, airmata berderai. Entah kerana kecil hati yang masih bersisa, atau kerana syukur sebab aku sampai dengan selamat.
Apa pun, diorang tetap sebahagian yang terbaik pernah aku kenal. Mana pernah aku ada kawan2 yang masih berhubung dan boleh jumpa macam ni selepas berpisah. Perkara sekecil ni takkan jejaskan semua tu. Kata Ina, ”jangan serik datang Perak”. Hehe.
Ok habis cerita permusafiran aku. Haha, macam luahan perasaan pulak. Tak kisah la.