TERBANG TINGGI

Kau ingin tahu terbang tinggi apa pengertiannya. Kau perlahan-lahan melangkahkan kaki. Cuba mendaki sejauhnya langit yang tinggi. Seperti mereka yang telah merasa terbang tinggi apa pengertiannya.

 
:: Lensa ::

Menanti Di Barzakh


ku merintih.. aku menangis..
ku meratap.. aku mengharap..
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata

perjalanan rohku
melengkapi sebuah kembara
singgah di rahim bonda
sebelum menjejak ke dunia
menanti di barzakh
sebelum berangkat ke mahsyar
diperhitung amalan
penentu syurga atau sebaliknya

tanah yang basah berwarna merah
semerah mawar dan juga rindu
tujuh langkah pun baru berlalu
seusai talkin bernada syahdu
tenang dan damai di pusaraku
nisan batu menjadi tugu
namun tak siapa pun tahu
resah penantianku

terbangkitnya aku
dari sebuah kematian
seakan kudengari
tangis mereka yang kutinggalkan
kehidupan disini
bukan suatu khayalan
tetapi ia sebenar kejadian

kembali roh kembali
kembalilah ke dalam diri
sendirian sendiri
sendiri bertemankan sepi
hanya kain putih yang membaluti tubuhku
terbujur dan kaku
jasad di dalam keranda kayu

ajal yang datang di muka pintu
tiada siapa yang memberitahu
tiada siapa pun dapat hindari
tiada siapa yang terkecuali
lemah jemari nafas terhenti
tidak tergambar sakitnya mati
cukup sekali tak sanggup
untuk ku mengulangi

jantung berdegup kencang
menantikan malaikat datang
menggigil ketakutan
gelap pekat dipandangan
selama ini diceritakan
kini aku merasakan
di alam barzakh jasad dikebumikan

ku merintih aku menangis
ku meratap aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata...

Lagu: Fadzli Far East
Lirik: Ito Lara

Merah Saga


saat langit berwarna merah saga
dan kerikil perkasa berlarian
meluncur laksana puluhan peluru
terbang bersama teriakan takbir

semua menjadi saksi
atas langkah keberanianmu
kita juga menjadi saksi
atas keteguhanmu
ketika yahudi-yahudi membantaimu
merah berkesumba di tanah airmu
mewangi harum genangan darahmu
membebaskan bumi jihad Palestina
perjuangan telah kau bayar dengan jiwa
syahid dalam cinta-Nya

:: Jejak Kalian ::
:: Karya Pilihan ::

Anak Pelarian

sejak dilahirkan dari rahim ibu
mereka belajar
di sekolah hidup menguji
sengketa keliling
mendewasakan mereka
kepayahan adalah
permainan hari-hari
khemah itu adalah
mimpi yang sukar
malam yang memanjang
diisi dengan kelaparan
fajar subuh adalah harapan
sebuku roti
penyambung nyawa yang
semakin genting

::Sahrunizam Abdul Talib::
::Mingguan Wanita::
::1 Mac 2002::

:: Jumlah Kunjungan ::

Free Web Site Counter

sedang membaca

:: Tikaman Madah ::

Menjelang malam, pernahkah kau pasang telinga di dinding jarang pondok petani sebelum dihembusnya pelita derita. Pemimpin; kau cuma bermain kata-kata.

::kemakmuran::
oleh: Anbakri Haron

KATAKAN KAMU SEEKOR KATAK
Tuesday, October 30, 2007
Kamu seekor katak. Kamu selesa sendirian di bawah tempurung. Seekor katak seperti kamu tidak pernah tahu tentang adanya ungkapan ignorance is a bliss. Tak tahu apa-apa adalah rahmat buat kamu dan memang itu pun tabiat kamu. Selesa dengan dunia sendiri. Dan bagaimana dengan Tuhan yang berjanji mengangkat martabat orang berilmu? Maaf, katak seperti kamu tak memahami. Barangkali kamu ingin melihat ke luar tempurung kamu sekarang? Sudah pasti kamu enggan. Untuk pengetahuan kamu, tempurung kamu letak di tengah laluan artileri tentera Turki yang sedang menabrak sempadan Iraq memburu pejuang pemisah Kurdis. Nanti, bila kamu sudah mati dihenyak kenderaan tentera yang ratusan itu, sampaikan salam saya kepada Salahuddin Al-Ayubi. Katakan kepada beliau, bangsanya sedang diburu oleh saudara seagama. Katakan juga, Palestin, sejak 1948 sudah hampir semuanya dijajah Zionis. Maaf kerana membebankan kamu, seekor katak, dengan maklumat-maklumat berat ini.

Petikan di atas, dan tajuk entri ini dipinjam dari blog Hafez Iftiqar. Syukran, dik.

Ok, sebetulnya saya teringat pertemuan dengan seorang teman. Setelah hampir dua tahun tak bertemu. Dia yang sangat terkejut bila tahu saya minat, dan terlibat dengan penulisan kreatif.

Sebab dulu, ketika sama-sama belajar, saya tak terlalu menampakkan kepada sesiapa kecenderungan itu. Di luar waktu kuliah, saya sinonim dengan perpustakaan, atau mana-mana bilik gerakan kelab/persatuan. Jika tidak pun, di salah satu shopping complex yang banyak sekitar Johor Bahru tu – leka di kedai barangan kristal dan cenderahati, atau tentunya di mana-mana toko buku.

”Cuba sebut salah satu karya yang kau suka” pintanya.

Sengaja tidak mahu menyebut karya-karya sasterawan tersohor, saya katakan ”Maafkanku Ramallah”. Sebuah puisi.

”Ramallah tu lelaki ke perempuan?” Dia pelik. Hah? Saya super pelik.

”Ramallah tu tempat” kata saya.

”Tak pernah dengar pun” Dia diam. Saya terdiam.

Saya sebut pula Fallujah, Nablus, Jenin, Gaza dan seumpamanya. Kalau-kalau dia tahu. Dia diam lagi.

”Aku rasa macam tau kat Palestin ngan Iraq ada perang. Tapi kenapa sebenarnya ya?” lebih kepada omelan. “Entah la, aku bukan tau sangat pasal luar-luar negara ni. Benda-benda sedia ada pun aku tak larat nak fikir. Family la, kerja la” tambahnya lagi.

Dan ia ditutur oleh seorang yang menggelarkan dirinya guru. Murabbi. Muallim. Pendidik anak bangsa. Waktu tu saya rasa yang airmata saya sedia untuk gugur bila-bila masa.

:: Jika mahu menatap puisi 'Maafkanku Ramallah' itu, kamu boleh selongkar di ::Entri Dulu-dulu:: di sidebar kanan. Ada di bulan Ogos 2006 dengan tajuk entri ’Satu Sisi Lagi’. Saja tak buat link. Lagipun senang je nak cari ;)
kata Hani pada 4:04 PM   1 reaksi
SAKAN
Thursday, October 25, 2007
Cuti sakan. Raya sakan. Demam sakan.

Cuti. Tiga minggu. Seronok habiskan dengan family. Balik ofis nanti, bersusun kerja yang menanti. Hani, get ready!

Raya. Alhamdulillah, kaki melangkah ke laman Syawal. Ramadhan yang dah direntasi selama sebulan, mohon nilaian yang tinggi di sisi Tuhan. Sekejap je rasanya Ramadhan kali ni. Ramadhan 1429H, semoga ada peluang untuk dijejaki.

Raya. Best. Raya pertama sampai ketiga, di Kelantan. Kenduri. Sepupu nikah raya pertama. Dua pupu pulak nikah raya kedua. Rumah diorang jaraknya kurang 5 minit kalau jalan kaki. Dan untuk kedua-dua kenduri tu, berkongsi tenaga saudara-mara dan jiran tetangga. Dari bilik pengantin, sampai ke hantaran, membawa ke kerja-kerja di dapur dan menghidang. Maunya tak kepenatan. Tapi seronok. Terasa manisnya ukhuwah.

Sempat SMS kawan-kawan yang tinggal sekitar Kelantan. Ajak datang majlis walimah tu dan beraya ke rumah. Tapi SMS jemputan dari Dahrie dan Ustaz Ramy telah menjeleskan diri.. huhu. Sahabat-sahabat penulis dari eSastera beserta family masing-masing beraya sakan di rumah Pak Anbakri. Takpe la, takde rezeki nak raya sama-sama tahun ni. Kalau tak kerana kenduri, boleh la join mereka berkumpul di KB. Dah lama sebenarnya tak duduk sekali berbincang dan bersembang. Agaknya itu juga antara faktor kenapa rasa malas betul nak menulis dan berkarya sejak kebelakangan ni. Hani, muhasabah!

Demam. Sejak dua hari sebelum raya, sehinggalah semalam. On and off. Adik aku kata badan aku panas macam ayam. Ada ke sama ngan ayam. Sabar je la. Tak kisah, semoga demam tu jadi kifarah segala dosa, sebelum nyawa bertemu titik noktahnya.

:: Kepada Kak Ma dan Ayu, serta pasangan masing-masing; selamat melayari bahtera rumahtangga. Jangan nakal-nakal. Eheh.
kata Hani pada 9:17 PM   0 reaksi
CATATAN-CATATAN KECIL
Monday, October 08, 2007
~BALIK KAMPUNG~
Dah di kampung. Sejak Jumaat. Alhamdulillah. Empat jam perjalanan keretapi Tanah Merah-Kuala Lipis, dok melayan keramahan hamba Allah di sebelah aku. Selain tu, rasa tenang juga dek alunan ayat suci al-Quran oleh sorang penumpang yang seatnya di belakang aku. Sambil tu, sempat juga habiskan satu bab terjemahan dari buku kegemaran aku – Ta’rif ’Am bi Deenil Islam karangan Ali at-Thontowi.

Membaca; susah nak tinggal walau kat mana pun aku berada.

~GAWANG~
Malam tadi. Gol Torres minit ke-90+2 mengecewakan aku. Teringin juga tengok Liverpool kecundang di Anfield. Spurs, meski seri, tapi aku puji. Chelsea, menghampakan Bolton, dengan membawa pulang tiga mata. Terima kasih Kalou. Tapi aku dah kurang berperasaan terhadap Chelsea, sejak Mourinho pergi.

Ah, aku masih belum boleh lupakan EPL rupanya.

~SAYANG~
Sabtu. Ke asrama adik lelaki aku, Helmi, di Raub. Seronok. Dah 4 bulan tak jumpa dia. Ajak keluar shopping. Dia memang teman shopping yang best. Biasanya orang lelaki tak suka ikut perempuan shopping. Tapi dia ok. Kitorang pusing-pusing pilih barang memasak, peralatan dapur, baju, handbag, keperluan menjahit, buku, kasut... dia yang banyak bagi pendapat.

Lovely brother.

~WATIKAH~
Tahun ni. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kerja-kerja menjahit baju raya satu family dan buat kuih raya memang menjadi tugas rasmi aku. Abah ngan ma yang bagi ’watikah perlantikan’. So, insyaallah sepanjang minggu ni aku akan sibuk di dapur dan di depan mesin jahit. Huhu.. takpe, Aiman tak kesahhh. Seronok sebenarnya bila dapat buat/beri something untuk orang yang kita sayang.

Walaupun pemberian kita tak la sebesar mana.
kata Hani pada 4:12 PM   2 reaksi

:: Tuan Rumah ::

Nama: Hani

Tinggal di
Pahang-Johor-Terengganu, Malaysia

Tentang saya:
Practical. Visual learner. Music and rhythm alert. Love colors, art and literature like crazy. Optimist. Loyal. Reliable. Creative. Daydreamer. Intuitive. Full of emotions. Intelligent. Comfortable with conversation and teamwork.

Baca lagi

Lukisan oleh: Daun Hijau
:: Entri Terkini ::
:: Entri Dulu-dulu ::
:: Rangkaian ::
© 2005 TERBANG TINGGI Tema: Tech Blue. Rekaletak: Isnaini dan Hani