TERBANG TINGGI

Kau ingin tahu terbang tinggi apa pengertiannya. Kau perlahan-lahan melangkahkan kaki. Cuba mendaki sejauhnya langit yang tinggi. Seperti mereka yang telah merasa terbang tinggi apa pengertiannya.

 
:: Lensa ::

Menanti Di Barzakh


ku merintih.. aku menangis..
ku meratap.. aku mengharap..
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata

perjalanan rohku
melengkapi sebuah kembara
singgah di rahim bonda
sebelum menjejak ke dunia
menanti di barzakh
sebelum berangkat ke mahsyar
diperhitung amalan
penentu syurga atau sebaliknya

tanah yang basah berwarna merah
semerah mawar dan juga rindu
tujuh langkah pun baru berlalu
seusai talkin bernada syahdu
tenang dan damai di pusaraku
nisan batu menjadi tugu
namun tak siapa pun tahu
resah penantianku

terbangkitnya aku
dari sebuah kematian
seakan kudengari
tangis mereka yang kutinggalkan
kehidupan disini
bukan suatu khayalan
tetapi ia sebenar kejadian

kembali roh kembali
kembalilah ke dalam diri
sendirian sendiri
sendiri bertemankan sepi
hanya kain putih yang membaluti tubuhku
terbujur dan kaku
jasad di dalam keranda kayu

ajal yang datang di muka pintu
tiada siapa yang memberitahu
tiada siapa pun dapat hindari
tiada siapa yang terkecuali
lemah jemari nafas terhenti
tidak tergambar sakitnya mati
cukup sekali tak sanggup
untuk ku mengulangi

jantung berdegup kencang
menantikan malaikat datang
menggigil ketakutan
gelap pekat dipandangan
selama ini diceritakan
kini aku merasakan
di alam barzakh jasad dikebumikan

ku merintih aku menangis
ku meratap aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata...

Lagu: Fadzli Far East
Lirik: Ito Lara

Merah Saga


saat langit berwarna merah saga
dan kerikil perkasa berlarian
meluncur laksana puluhan peluru
terbang bersama teriakan takbir

semua menjadi saksi
atas langkah keberanianmu
kita juga menjadi saksi
atas keteguhanmu
ketika yahudi-yahudi membantaimu
merah berkesumba di tanah airmu
mewangi harum genangan darahmu
membebaskan bumi jihad Palestina
perjuangan telah kau bayar dengan jiwa
syahid dalam cinta-Nya

:: Jejak Kalian ::
:: Karya Pilihan ::

Anak Pelarian

sejak dilahirkan dari rahim ibu
mereka belajar
di sekolah hidup menguji
sengketa keliling
mendewasakan mereka
kepayahan adalah
permainan hari-hari
khemah itu adalah
mimpi yang sukar
malam yang memanjang
diisi dengan kelaparan
fajar subuh adalah harapan
sebuku roti
penyambung nyawa yang
semakin genting

::Sahrunizam Abdul Talib::
::Mingguan Wanita::
::1 Mac 2002::

:: Jumlah Kunjungan ::

Free Web Site Counter

sedang membaca

:: Tikaman Madah ::

Menjelang malam, pernahkah kau pasang telinga di dinding jarang pondok petani sebelum dihembusnya pelita derita. Pemimpin; kau cuma bermain kata-kata.

::kemakmuran::
oleh: Anbakri Haron

INDAH [PASCA-HESCOM 2007]
Tuesday, December 25, 2007
Alhamdulillah. Majlis selesai dengan segala yang manis-manis.

Hidangan makan malam yang enak.

Tiga buah buku dilancarkan serentak; Sejalan Tak Seiring, Budak Kayu & Kota Tanpa Karya.

Penyampaian bermacam anugerah kepada penerima – penulis-penulis hebat, dengan karya-karya yang juga hebat. Dengan jumlah hadiah melebihi RM12,000.

Persembahan yang luarbiasa istimewa; deklamasi puisi, haiku, nyanyian lagu puisi, dekon, mentera.

Penyertaan penulis mapan tanahair; Prof. Dr. Arbak Othman, Dr Victor, Dinsman, Pyan Habib, Pak AGI, Razali Endun dll.

Kehadiran pihak media; wartawan-wartawan akhbar, majalah, web tv.

Serta yang paling indah, tentunya. Pertemuan dengan kenalan baru dan lama, pelbagai takah usia, dengan segala ragam dan gelagat, latar pendidikan dan kerjaya yang berbeza, dari seluruh negara (malah ada yang pulang dari Holland, juga hadir dari Brunei).

Dan puisi saya, Menyuluh Sirah Junjungan, memenangi hadiah bagi Sayembara Maulidurrasul.

Alhamdulillah. Majlis selesai dengan segala yang manis-manis.

:: Biasa ikuti tulisan blogger tersohor, AbdullahJones? Saya semeja dengan isterinya. Dengan dia, belum.
:: Gambar; bersama barisan penulis muda berbakat besar – Ummu Hani Abu Hassan, Syarifah Salha Syed Ahmad & Azzahra Saufiah.
kata Hani pada 10:56 PM   0 reaksi
BERTEMU LAGI [PRA-HESCOM 2007]
Tuesday, December 11, 2007
Di sebelah, gambar muka depan 3 buah buku yang akan dilancarkan pada malam Hadiah eSastera.com 2007 (Hescom 2007) yang akan diadakan pada 15 Disember 2007 bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Insyaallah anda boleh temui ’suara’ saya di dalamnya, kecuali dalam antologi ’Kota Tanpa Karya’ – projek yang menemukan penulis muda 3 negara; Aan Mansyur (Indonesia), Aziz Zabidi (Malaysia) & Roslie Sidik (Singapura).

Jangka saya, sekitar 100 tetamu termasuk para VIP dan tetamu istimewa, Sasterawan Negara S. Othman Kelantan.

Ada deklamasi puisi oleh beberapa nama besar dunia sastera tanahair termasuk sdr Dinsman, Dr. Victor Pogadaev (Russia) dan SN S. Othman Kelantan. Tak terkecuali Salman Sulaiman, Rudy Bluehikari dan beberapa nama lain.

Juga persembahan lagu puisi oleh Sasterawan Alam Siber 2006, sdr Anbakri bersama kumpulan La Khauf. Iklan: dapatkan album La Khauf, Di Palang Ini. Hasil kerja yang sangat wajar dipuji.

Hidangan makan malam pula oleh Restoran Puteri (Rubiah Suparman). Nyam.. nyamm.

Tahun lepas, saya pergi dengan niat bersua muka buat kali pertama dengan penulis-penulis yang biasanya sekadar berhubung di alam maya. Rezeki, saya bawa pulang hadiah cabutan bertuah, dan hadiah saguhati untuk sajak bertajuk ’Cerita Kamar Kelam’.

Tahun ni saya datang lagi, dengan niat menambah jaringan sahabat & saudara. Juga mengukuh ikatan sedia ada. Yang pasti, saya akan pulang dengan 3 naskhah buku di atas.

Sama seperti tahun lalu, sekali lagi saya di Jawatankuasa Sambutan. Kali ni bersama sdr Aiza Zizan. Seronok, sebab seperti juga mereka yang bertugas di meja pendaftaran, kami jadi antara yang terawal bertemu setiap tetamu.

Semoga segalanya berjalan lancar sebagaimana dirancang. Amiinnn.

:: Tambahan: klik tulisan putih di atas untuk lihat video salah satu lagu yang terkandung dalam album tersebut.
kata Hani pada 3:45 PM   0 reaksi
EPILOG 45 DARJAH
Thursday, December 06, 2007
“Jika anda berada di sebuah bilik yang terang, adakah anda akan tanya dari mana datangnya cahayanya, atau ke manakah pergi kegelapannya?”

Mudah. Hanya dengan beberapa baris kata-kata itu, saya tertarik untuk miliki novel 271 halaman tersebut. Salah satu novel yang buat saya baca hingga akhir dengan sekali baca, tanpa tinggal sepatah perkataan pun.

Tok Ali
, karya M. Fairoz Ahmad terbitan Pustaka Nasional Singapura punya sejumlah falsafah yang disampaikan secara tidak langsung. Walaupun agak banyak watak yang wujud – dengan kisah unik dan konflik masing-masing – namun penceritaan yang baik buat setiap watak tersebut istimewa.

Keseluruhan jalan cerita berkisar seputar kehidupan masyarakat Kampung Danau, sebuah kampung yang agak terkebelakang dari sudut kemodenan – dengan Tok Ali sebagai penghulu – menjelangnya pilihanraya negara. Dari situ wujud pelbagai konflik melibatkan emosi, politik, agama, prinsip, kesetiaan, rasionaliti, pendidikan, kepercayaan, pengorbanan, kekeluargaan, persahabatan, perikemanusiaan, dan seribu satu lagi.

Saya suka dengan prinsip ’show-don’t-tell’nya. Penceritaannya juga lancar dan indah, tanpa perlu renda-renda yang berlebihan.

Sesekali saya tersenyum sendiri dengan gelagat pak menteri (dalam novel ini, Dato’ Zaid) ketika berusaha memancing undi, dan bagaimana dia mempergunakan orang sekeliling untuk naik ke puncak, dengan cara yang zahirnya nampak begitu ’mulia’. Terfikir, dan cuba mengaitkannya dengan dunia realiti. Sejauh mana agaknya persamaannya? Saya suka juga dialog Edward Zander – seorang penulis terkenal yang dianugerahkan Anugerah Sastera Negara – dengan anak-anak murid sahabatnya berkenaan puisi, sastera dan kehidupan.

Turut diselitkan watak Johan yang dikatakan kurang siuman setelah kematian isteri. Benarkah dia kurang siuman? Cikgu Salim yang memilih berkhidmat sebagai guru di pedalaman, berbanding mengajar di IPT. Mengapa pula? Tak ketinggalan Annisa yang keliru setelah dibayangi kekaguman terhadap seorang atheis. Terjejaskah akidahnya? Turut termuat kisah persahabatan puluhan tahun Tok Ali, Tok Darus, Hasyim dan Iskandar, jasa yang dilupakan kerana kedudukan dan lain-lain. Juga kemunculan lembaga misteri yang mengusik ketenangan kampung.

Terkadang pecah juga tawa dek dialog-dialog dan adegan lucu yang wujud spontan di tengah keseriusan cerita.

Dan setelah menghabiskan 25 bab, bahagian epilog mengheret saya beberapa darjah tersasar dari jalan cerita. Ending yang buat saya menutup novel tersebut dengan mata terkebil-kebil. Merenung idea pengarangnya, sebelum akhirnya tersenyum sendiri.

:: Novel ni saya baca lebih setengah tahun yang lalu. Baru berkesempatan mencatat tentangnya.

kata Hani pada 4:09 PM   0 reaksi

:: Tuan Rumah ::

Nama: Hani

Tinggal di
Pahang-Johor-Terengganu, Malaysia

Tentang saya:
Practical. Visual learner. Music and rhythm alert. Love colors, art and literature like crazy. Optimist. Loyal. Reliable. Creative. Daydreamer. Intuitive. Full of emotions. Intelligent. Comfortable with conversation and teamwork.

Baca lagi

Lukisan oleh: Daun Hijau
:: Entri Terkini ::
:: Entri Dulu-dulu ::
:: Rangkaian ::
© 2005 TERBANG TINGGI Tema: Tech Blue. Rekaletak: Isnaini dan Hani