TERBANG TINGGI

Kau ingin tahu terbang tinggi apa pengertiannya. Kau perlahan-lahan melangkahkan kaki. Cuba mendaki sejauhnya langit yang tinggi. Seperti mereka yang telah merasa terbang tinggi apa pengertiannya.

 
:: Lensa ::

Menanti Di Barzakh


ku merintih.. aku menangis..
ku meratap.. aku mengharap..
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata

perjalanan rohku
melengkapi sebuah kembara
singgah di rahim bonda
sebelum menjejak ke dunia
menanti di barzakh
sebelum berangkat ke mahsyar
diperhitung amalan
penentu syurga atau sebaliknya

tanah yang basah berwarna merah
semerah mawar dan juga rindu
tujuh langkah pun baru berlalu
seusai talkin bernada syahdu
tenang dan damai di pusaraku
nisan batu menjadi tugu
namun tak siapa pun tahu
resah penantianku

terbangkitnya aku
dari sebuah kematian
seakan kudengari
tangis mereka yang kutinggalkan
kehidupan disini
bukan suatu khayalan
tetapi ia sebenar kejadian

kembali roh kembali
kembalilah ke dalam diri
sendirian sendiri
sendiri bertemankan sepi
hanya kain putih yang membaluti tubuhku
terbujur dan kaku
jasad di dalam keranda kayu

ajal yang datang di muka pintu
tiada siapa yang memberitahu
tiada siapa pun dapat hindari
tiada siapa yang terkecuali
lemah jemari nafas terhenti
tidak tergambar sakitnya mati
cukup sekali tak sanggup
untuk ku mengulangi

jantung berdegup kencang
menantikan malaikat datang
menggigil ketakutan
gelap pekat dipandangan
selama ini diceritakan
kini aku merasakan
di alam barzakh jasad dikebumikan

ku merintih aku menangis
ku meratap aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata...

Lagu: Fadzli Far East
Lirik: Ito Lara

Merah Saga


saat langit berwarna merah saga
dan kerikil perkasa berlarian
meluncur laksana puluhan peluru
terbang bersama teriakan takbir

semua menjadi saksi
atas langkah keberanianmu
kita juga menjadi saksi
atas keteguhanmu
ketika yahudi-yahudi membantaimu
merah berkesumba di tanah airmu
mewangi harum genangan darahmu
membebaskan bumi jihad Palestina
perjuangan telah kau bayar dengan jiwa
syahid dalam cinta-Nya

:: Jejak Kalian ::
:: Karya Pilihan ::

Anak Pelarian

sejak dilahirkan dari rahim ibu
mereka belajar
di sekolah hidup menguji
sengketa keliling
mendewasakan mereka
kepayahan adalah
permainan hari-hari
khemah itu adalah
mimpi yang sukar
malam yang memanjang
diisi dengan kelaparan
fajar subuh adalah harapan
sebuku roti
penyambung nyawa yang
semakin genting

::Sahrunizam Abdul Talib::
::Mingguan Wanita::
::1 Mac 2002::

:: Jumlah Kunjungan ::

Free Web Site Counter

sedang membaca

:: Tikaman Madah ::

Menjelang malam, pernahkah kau pasang telinga di dinding jarang pondok petani sebelum dihembusnya pelita derita. Pemimpin; kau cuma bermain kata-kata.

::kemakmuran::
oleh: Anbakri Haron

ANGIN DAN LAYANG-LAYANG
Friday, January 25, 2008

Tiba-tiba teringat zaman kanak-kanak.

Sajak ini saya tulis sekitar pertengahan 2006. Ketika teringat indah zaman kanak-kanak. Selain melukis (di merata tempat termasuk almari lauk, dinding, kotak-kotak barang, palang katil, tangga rumah serta tak terkecuali kotak rokok abah yang saya buka dan keluarkan semua isinya), abah kerap melayan saya buat wau & layang-layang. Lalu kami akan terbangkannya di halaman rumah. Berkejaran, dan tertawa, melayan kehendak angin.

Saya berusia 5 tahun, dan abah 27 ketika itu.

Dua dekad berlalu. Setiap kali diasak pelbagai bentuk cabaran hidup, memang, saya akan kembali ke ’halaman’ abah. Bercerita, dan tertawa, membakar semangat yang dingin.

Hari ini, segalanya mengingatkan saya pada satu kata-kata; jika ibubapa tidak bersedia untuk berkorban, maka bersedialah untuk melihat anak-anak terkorban.

Alhamdulillah, pengorbanan ma dan abah meletakkan kami adik-beradik di tempat sekarang. Tidaklah terlalu tinggi untuk menghindar dari bah dugaan duniawi, tapi insyaallah selamat, setidaknya untuk mengenalpasti mana Allah suka dan mana yang Allah benci. (semoga ia bukan setakat hari ini)

Sebab, bagi saya, tiada yang lebih malang bagi kedua ibubapa, melainkan melihat anak-anak terkorban nilai & penghayatan agamanya.

ANGIN DAN LAYANG-LAYANG

Dia adalah ayah
yang menyemai benih-benih amanat
di gembur tanah fikir
tumbuh subur memenuhi sawah jiwa
mekar diairi airmata dan doa.

Bagai bernyanyi-nyanyi lagu azimat ayah
memenuhi langit hati
melodi hikmah yang menghibur jiwa
dendangan sejuta keramat pesanan
tatkala berkejaran di batas sawah mengendali
terbang layang-layang

Aku yang masih anak-anak
menangis ketakutan ditinggalkan
menjerit nyaring saat lintah mencuit betis
kesasar tika angin kasar
memintal rambut mengurai.

Bertanya aku sendiri;
Mengapa aku takut
dan ayah begitu berani?

Lantas ke nubari bisik ayah;
Anakku, sebenar keberanian itu
umpama layang-layang
sentakan kuat angin
yang menentang
tidak menjunamnya ke bawah tetapi
menaikkannya jauh
lebih tinggi.

Dan hari ini, ayah
aku adalah layang-layang
yang terbang semakin tinggi
dek sentakan kuat
angin duniawi.

Hani Hamsyari
Rumah Dua, Kuala Terengganu

:: Sajak ini tersiar di radio Ikim.fm sekitar Julai-Ogos 2006 & sedang dalam proses perterjemahan ke bahasa Rusia oleh Prof. Dr. Victor Pogadaev untuk Antologi Puisi Melayu-Rusia. Semoga projek tersebut berjaya. Insyaallah.
kata Hani pada 6:50 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 

:: Tuan Rumah ::

Nama: Hani

Tinggal di
Pahang-Johor-Terengganu, Malaysia

Tentang saya:
Practical. Visual learner. Music and rhythm alert. Love colors, art and literature like crazy. Optimist. Loyal. Reliable. Creative. Daydreamer. Intuitive. Full of emotions. Intelligent. Comfortable with conversation and teamwork.

Baca lagi

Lukisan oleh: Daun Hijau
:: Entri Terkini ::
:: Entri Dulu-dulu ::
:: Rangkaian ::
© 2005 TERBANG TINGGI Tema: Tech Blue. Rekaletak: Isnaini dan Hani