TERBANG TINGGI

Kau ingin tahu terbang tinggi apa pengertiannya. Kau perlahan-lahan melangkahkan kaki. Cuba mendaki sejauhnya langit yang tinggi. Seperti mereka yang telah merasa terbang tinggi apa pengertiannya.

 
:: Lensa ::

Menanti Di Barzakh


ku merintih.. aku menangis..
ku meratap.. aku mengharap..
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata

perjalanan rohku
melengkapi sebuah kembara
singgah di rahim bonda
sebelum menjejak ke dunia
menanti di barzakh
sebelum berangkat ke mahsyar
diperhitung amalan
penentu syurga atau sebaliknya

tanah yang basah berwarna merah
semerah mawar dan juga rindu
tujuh langkah pun baru berlalu
seusai talkin bernada syahdu
tenang dan damai di pusaraku
nisan batu menjadi tugu
namun tak siapa pun tahu
resah penantianku

terbangkitnya aku
dari sebuah kematian
seakan kudengari
tangis mereka yang kutinggalkan
kehidupan disini
bukan suatu khayalan
tetapi ia sebenar kejadian

kembali roh kembali
kembalilah ke dalam diri
sendirian sendiri
sendiri bertemankan sepi
hanya kain putih yang membaluti tubuhku
terbujur dan kaku
jasad di dalam keranda kayu

ajal yang datang di muka pintu
tiada siapa yang memberitahu
tiada siapa pun dapat hindari
tiada siapa yang terkecuali
lemah jemari nafas terhenti
tidak tergambar sakitnya mati
cukup sekali tak sanggup
untuk ku mengulangi

jantung berdegup kencang
menantikan malaikat datang
menggigil ketakutan
gelap pekat dipandangan
selama ini diceritakan
kini aku merasakan
di alam barzakh jasad dikebumikan

ku merintih aku menangis
ku meratap aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata...

Lagu: Fadzli Far East
Lirik: Ito Lara

Merah Saga


saat langit berwarna merah saga
dan kerikil perkasa berlarian
meluncur laksana puluhan peluru
terbang bersama teriakan takbir

semua menjadi saksi
atas langkah keberanianmu
kita juga menjadi saksi
atas keteguhanmu
ketika yahudi-yahudi membantaimu
merah berkesumba di tanah airmu
mewangi harum genangan darahmu
membebaskan bumi jihad Palestina
perjuangan telah kau bayar dengan jiwa
syahid dalam cinta-Nya

:: Jejak Kalian ::
:: Karya Pilihan ::

Anak Pelarian

sejak dilahirkan dari rahim ibu
mereka belajar
di sekolah hidup menguji
sengketa keliling
mendewasakan mereka
kepayahan adalah
permainan hari-hari
khemah itu adalah
mimpi yang sukar
malam yang memanjang
diisi dengan kelaparan
fajar subuh adalah harapan
sebuku roti
penyambung nyawa yang
semakin genting

::Sahrunizam Abdul Talib::
::Mingguan Wanita::
::1 Mac 2002::

:: Jumlah Kunjungan ::

Free Web Site Counter

sedang membaca

:: Tikaman Madah ::

Menjelang malam, pernahkah kau pasang telinga di dinding jarang pondok petani sebelum dihembusnya pelita derita. Pemimpin; kau cuma bermain kata-kata.

::kemakmuran::
oleh: Anbakri Haron

TAK TAU.
Thursday, March 27, 2008
Saya di Terengganu sekitar dua tahun, lebih sikit. Sepanjang tempoh tu, saya dapat lihat pembinaan dan pembukaan Mydin Mall (yang katanya terbesar di pantai timur), Giant, dan projek ratus juta – Taman Tamadun Islam. Saya terbaca dalam satu akhbar bertarikh 6 Mac, katanya ”TTI Jana Ekonomi Penduduk”. Tapi peliknya, yang saya dengar dari pakcik2 pemandu teksi, makcik2 di Pasar Payang atau MBKT dan pemilik2 kedai sekitar KT, adalah sebaliknya. Hmm...

Peluang pekerjaan? Saya tak mahu cerita itu. Pergilah tengok di Mydin Mall tu. Ada berapa kerat wajah tempatan?

Saya tidak anti-pembangunan/kemajuan. Saya juga tidaklah anti kepada kehadiran kaum lain selain Melayu. Saya selesa saja tinggal lebih 4 tahun di JB. Atau hampir 10 tahun di Triang, Pahang yang hampir 80% penduduknya Cina dan berwakilrakyatkan wakil DAP. Hanya kecewa dengan segala perubahan (atau katanya pembangunan) yang semakin menyenangkan yang senang, dan makin menyusahkan yang susah.

Paling sedih, bila masjid dibina untuk pameran dan bermegah2. Kata Nabi, salah satu tanda menjelang kiamat ialah masjid dibina bukan untuk mengingati Allah (saya lupa taraf hadis ni – sama ada sahih, hasan atau daif). Sedangkan masjid2 sedia ada, bila masuk waktu solat, entah berapa saf je yang datang jemaah. [Promosi: ’Jika kamu melihat seorang lelaki itu kerap/tetap mendatangi masjid, bersaksilah bahawa beliau ahli syurga’ kata Rasulullah].

Pasal kemelut pelantikan MB Terengganu, bacalah sekian banyak sumber berita, kemudian banding2 & nilailah sendiri. Saya terfikir, bagaimana Terengganu di bawah pentadbiran Ahmad Said nanti (sebab walau bagaimana pun dia dibandingkan dengan Derih; masih di dalam saf yang itu juga, dengan imam yang itu juga).

Saya di Terengganu sekitar dua tahun, lebih sikit. Dan tempoh tu cukup untuk buat saya sayangkan tanah Darul Iman ni.
kata Hani pada 6:22 PM  
3 Comments:
  • At 12:05 PM, March 29, 2008, Blogger kehelan said…

    assalamualaiki kha...
    akak sayang terengganu... dungun, daerah kelahiran... dulu sekitar thn 1999, sempat matriks setahun kat kolej matriks terengganu... dpn hospital... kuala terengganu sgt menyedihkan... mcm bandar cowboy... kemaman lg maju dr kuala terengganu... tp skrg, kuala terengganu berubah... tp masih tak menggembirakan hati... tak tau kenapa...

     
  • At 11:36 AM, April 01, 2008, Anonymous gild said…

    Berpolitik? hahaha...

    Zaman rasulullah ade masjid dhirar, zaman sekarang ade masjid kristal..., zaman rasulullah ade munafiq, zaman sekarang ade hipokrit... :)

     
  • At 5:30 PM, April 14, 2008, Anonymous Anonymous said…

    salam. to Mr. Gild and kak kay, sorry. baru perasan ada komen ni. hehe. kalau komen ni kayu, dah reput agaknya :D

    kak kay, itu terengganu hampir 10 tahun yg lepas. tapi 'suasana rohani'nya berbeza la kot berbanding sekarang :)

    mr. gild, berpolitik? tak la. membebel je. emm, masa zaman rasulullah masjid dhirar dibina kaum munafik. masjid kristal?

    -hani

     
Post a Comment
<< Home
 

:: Tuan Rumah ::

Nama: Hani

Tinggal di
Pahang-Johor-Terengganu, Malaysia

Tentang saya:
Practical. Visual learner. Music and rhythm alert. Love colors, art and literature like crazy. Optimist. Loyal. Reliable. Creative. Daydreamer. Intuitive. Full of emotions. Intelligent. Comfortable with conversation and teamwork.

Baca lagi

Lukisan oleh: Daun Hijau
:: Entri Terkini ::
:: Entri Dulu-dulu ::
:: Rangkaian ::
© 2005 TERBANG TINGGI Tema: Tech Blue. Rekaletak: Isnaini dan Hani