(ini bukan kuliah komunikasi, atau sesi deklamasi puisi Pak AGI)
Dalam banyak keadaan, komunikasi akan jauh lebih berkesan apabila 3V (
verbal, vocal, visual) memainkan peranan serentak.
Kita semua ada
verbal / kata-kata / perkataan. Hatta orang bisu sekali pun masih boleh menzahirkan kata2, dalam bentuk tulisan setidaknya. (Segala puji bagi Allah atas nikmat berkata2 yang kita ada).
Dalam komunikasi internet – berblog contohnya – kita saling berkomunikasi melalui elemen
verbal (tulisan), sama ada sehala atau dua hala. Puji, kritik, pendapat, nasihat, gembira, sedih, marah, gurau, perli, penghargaan; semua digambarkan dalam susun2 kata.
Tapi sedar atau tidak, akan timbul situasi di mana puji disangka perli, nasihat disangka marah, kritik disangka dengki, serius disangka bergurau, ubat disangka jerat. Salah satu faktor penyebabnya ialah ketidakhadiran dua lagi elemen komunikasi berkesan iaitu
vocal (intonasi) dan
visual (penglihatan – dalam kes ini,
body language).
Antara 3V itu, yang berperanan paling besar ialah
visual.
Body language adalah sangat jujur kerana ia
’internal reality’ yang dikawal oleh minda bawah sedar.
Tapi bagi kita di alam maya, keberkesanan komunikasi visual jadi sangat terhad kerana tiada
ability untuk menganalisis
body language seseorang. Sedangkan ia adalah ’bahasa’ yang terlebih dahulu sampai sebelum terzahirnya kata2. Tentunya dengan baca entri atau komen, kita tak mampu lihat ekspresi muka, gerak tangan, postur tubuh, angguk gelengnya,
eye contact dll.
Ok. Selain tu, sepotong ayat yang sama jika dibaca dengan intonasi berlainan, akan membawa maksud berbeza. Bagi penulis atau pembaca blog, kita kehilangan alat komunikasi
vocal. Sebagai penulis, mungkin penggunaan tanda baca dapat membantu menyampaikan maksud, walaupun pada keberkesanan minimum. Saya letak di sini satu contoh yang saya dapat ketika sertai Kaunselor Siswa dulu. Sila baca mengikut intonasi yang anda rasakan sesuai.
Susi menggigit anjing mati.
Susi menggigit, anjing mati.
Susi menggigit anjing... Mati...
Susi menggigit anjing! Mati?
Susi menggigit Anjing?... Mati!!!
Susi mengigit? Anjing!!! Mati…
Jadinya sekarang, terpulang pada diri sendirilah pula untuk membaca setiap karya, entri blog atau komen pengunjung dengan nada atau intonasi yang bagaimana. Tentunya nada baca bagi seorang optimis dengan seorang pesimis akan berbeza. Kehadiran sifat
open-minded, prejudis, skeptikal,
husnuzzan (baik sangka) dan sebagainya dalam diri seseorang juga akan turut mempengaruhi interpretasi masing2 terhadap sesuatu perkara. Bergantung kepada sifat mana yang dominan. Tak gitu?
Sebagai penutup, kita lihat dua gambar nostalgik dan popular di bawah yang menjelaskan betapa
visual ’speaks louder’ than verbal ;D
“Saya tidak kecil hati” – Rafidah Aziz, Malaysia, Mac 2008
"We can be proud of ourselves. We've done so well getting to the final” –Steven Gerrard, Athens, Mei 2007.
P/s: anda membaca entri saya kali ni dengan intonasi yang bagaimana? ;)