APOLOGI KEPADA BAKAT YANG TAK SEBERAPA
Dah terlalu jarang menulis sajak. Cerpen apatah lagi. Ilham datang, singgah, kemudian aku biar pergi. Rasa pun datang, singgah, kemudian aku biar pergi. ”Lama tak nampak sajak Hani di Dewan Sastera” kata Pak Bri, petang semalam lewat YM. Aku tak tau nak jawab apa. BUKU YANG MASUK KE DALAM AKU
Di rak, berpuluh buku menjerit-jerit minta dibaca. Aku jenis baca buku sedikit sana sedikit sini. Termasuk novel. Sudahnya, berzaman baru habis. Tapi nyatanya, buku memang jarang lekang dari tangan, walaupun ketika sedang makan. Dah tabiat. ”Beli buku banyak-banyak jangan tak baca. Nanti kena sumpah dengan buku”. Entah siapa yang kata, aku lupa. Terbaru (semalam dan hari ini), yang sedang aku hadap adalah ini; 1. Perjuangan Wanita Ikhwanul Muslimin [Zainab al-Ghazali]. Baru masuk second chapter. Ada 7 bab semuanya. Merakam pengalaman beliau sebagai pemimpin Jemaah Muslimat dan anggota Ikhwanul Muslimin. Juga ketika dalam tahanan di bawah pemerintah sekular Mesir. 2. Dari Salina ke Langit Petang [A. Samad Said]. Pun baru masuk 2nd chapter, out of 9. Bahasa buku ni mengalir lembut. Seperti aku masuk ke dalamnya. Tentang proses kreatif karya-karyanya, tentang pengalaman sebagai seniman. Tentang zaman-zaman awal seorang sasterawan rakyat. 3. The Long Nightmare: My 17 Years as a Political Prisoner [Said Zahari]. Aku sentiasa selesa baca kisah sebarang bentuk perjuangan, sebelum mahupun selepas merdeka. Zaman kini mahupun zaman awal penyebaran Islam. Buku ini, istimewa kerana ditulis oleh seorang yang diingati sebagai tahanan politik paling lama. 4. Nilai dan Harga Waktu dalam Kehidupan Muslim [Yusuf al-Qardhawi]. Ada 9 chapter. Rasa macam dah baca semua. Tapi insyaallah akan baca lagi. Ini adalah buku terjemahan dari versi asal al-Waqtu fi Hayaatil Muslim. Sebuah buku muhasabah yang sangat baik. Tapi yang lebih sering aku belek dan tekuni ialah Bahasa Senjata [Sahrunizam Abdul Talib] dan Seberkas Kunci [T. Alias Taib]. Kedua-duanya antologi puisi. Agaknya puisi dan aku memang sebati dan sehati. Atau mungkin buku yang dihadiahkan orang memang kuat tarikannya :) BILA SEMUA SAMA DENGAN KOSONG
Hujan. Sejak semalam. Nampaknya hujan jadi makhluk yang paling memahami. Sekurang-kurangnya bagi aku. Kerap sangat jadi manusia pendengar, sampai aku lupa bagaimana untuk berkata-kata, walaupun kepada diri sendiri. Kerap sangat menadah air mata orang, sampai aku tak punya tadahan lagi untuk air mata sendiri. Tolong, carikan aku tempat paling sunyi. Aku mahu bekukan indera yang lima. Biar satu saja yang bernyawa – hati. |
tentang para akhir, jangan terlalu menjaga hati sampai mengiris jiwa sendiri.
dan kadang2 berterus-terang lebih baik daripada berkias - terutama untuk mereka yang bersedia berdepan kritikan.
apapun, saya simpati.
maaf.