 Yang di atas tu, untuk ma sempena hari lahirnya ke-48, semalam. Ada yang menarik pada ulangtahun kelahiran ma. Saya dilantik sebagai salah seorang administrator di sebuah komuniti sastera. Zila pula dapat surat tawaran mengajar di Sarawak. Helmi dapat panggilan temuduga MARA untuk biasiswa pengajian luar negara. Dan Lily, bersama rakan-rakannya secara rasmi menganggotai kumpulan nasyid sekolah, yang hanya 9 orang sahaja terpilih. Sebenarnya, saya ada beberapa keping gambar sambutan dan tanda sokongan rakyat kepada Yang di-Pertuan Agung Tuanku Mizan di Terengganu baru-baru ni. Tapi belum sempat nak upload. Jika mahu, boleh jengah ke sini. |
salam
beburung sayup di awan megah
terbang tinggi entah ke mana
tangga jaya di hari bersejarah
tahniah buat kalian sekeluarga
..cubaan pertama. heheheh