ku ingin bertemu bidadari
lalu ingin kukhabarkan padanya
aku inilah yang kau cemburukan
ketika hayatku di duniaMahu jadi wanita tercantik yang memaku pandangan. Atau wanita yang mampu memiliki segala yang diinginkan. Atau jadi wanita teragung di dunia dengan segala kelebihan. Adalah mustahil. Kerana belum ada dalam sejarah, apatah lagi mutakhir ini, wujudnya wanita yang sempurna-sesempurnanya. Malah di dunia ni pun tidak wujud tempat yang penuh bahagia semata, seperti
Shangri La.
Segala kesempurnaan tiada bandingan yang seharusnya ada pada seorang wanita, hanyalah dimiliki bidadari. Untuk bertemu dan berkenal-kenalan, terlebih dahulu perlu miliki pas kebenaran untuk masuk ke kediaman mereka – syurga.
Lelaki. Tak perlulah hingga buntang terbeliak mata merenung dan scan habis2an wanita yang kononnya cantik pada pandangan nafsu mata. Beauty is only skin deep. Tersiat saja kulit yang ada, tiada beza lagi antara Angelina Jolie dengan nenek yang berniaga petai di pasar tani. Alihkan pandangan itu. Dari wanita yang tidak dihalalkan, kepada lingkar huruf di lembar al-Quran misalnya. Bidadari yang menunggu kamu di syurga, berbilion kali ganda jauh lebih indah dan kekal berbanding perempuan itu, kawan.
Wanita. Usahlah dengki2 pada bidadari yang dikurnia Allah segala keindahan. Kamu malahan mampu jadi wanita yang dicemburui bidadari! Ya, bidadari yang serba sempurna dan memiliki segala sifat ketaatan itu juga bisa cemburukan wanita biasa seperti kamu. Agaknya kalau dapat tahu diri dicemburui Victoria Beckham atau Erra Fazira yang begitu2 tu pun sudah tak cukup nafas nak berbangga, inikan pula jika dicemburui bidadari syurga yang demikian taat dan sempurna. Jadi, siapakah wanita yang dicemburui bidadari? Jawapan mudah; wanita solehah.
Seperti yang diceritakan dalam sebuah hadis panjang riwayat at-Thabrani daripada Ummu Salamah (yang saya kongsi sebahagiannya saja di sini).
Aku (Ummu Salamah) bertanya, ”Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia atau bidadari bermata jeli?”
Baginda menjawab, ”Wanita2 dunia lebih utama daripada bidadari2, seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat.”
Aku bertanya, ”Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari?”
Baginda menjawab, ”Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. (Di syurga) Allah memancarkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, dandanannya mutiara, dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ”Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak berganjak sama sekali. Kami redha dan tidak pernah merungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.”
Ok, kata kuncinya ialah solat, puasa dan ibadah. Dan usah sempitkan definisi ’ibadah’ itu semata2 kepada duduk di tikar solat sahaja. Segala perkara makruf yang dilakukan dengan niat yang betul, dan betul pula cara pelaksanaannya, adalah ibadah. Belajar, bekerja, berbuat baik kepada keluarga dan tetangga, malah tidur dan main boling pun boleh jadi ibadah.
Adam, selamat mengumpul modal buat membeli tiket masuk ke kediaman bidadari. Dan Hawa, selamat berusaha menjadi wanita istimewa yang dicemburui bidadari syurga tatkala kamu masih lagi di dunia.
:: Kata2 di bahagian awal entri ini disalin dengan kebenaran, dari ucapan seorang kenalan, Sofi. Syukran, ukhti. May Allah bless.
:: Saya tak sempat check taraf hadis di atas. Mungkin ada sesiapa yang tahu, harap bantu :)