Bismillahirrahmanirrahim. Saya dah fikir lama. Blog ni sering sangat terbiar. Saya tak suka. Tapi dah tak punya kekuatan, kerajinan, kelapangan macam dulu, untuk update selalu. Maka, mungkin patut saya ucap selamat tinggal. Selamat tinggal. Jadi, untuk kali ni, cuma nak rakam terima kasih, dan segala bentuk ucapan yang seerti dengannya. Kepada semua yang beri sokongan. Sejak blog ni kaler hitam. Kemudian putih polka dot. Kemudian biru. Sejak saya mula belajar2 pasang sayap. Sehinggalah saya berjaya terbang, walau masih tak berapa tinggi. [Ya, ’terbang tinggi’ adalah metafora. Beberapa pembaca terawal mungkin tahu, atau masih ingat, maksud di sebaliknya. Kepada pembaca yang sedikit terlewat, usah tanya, sebab saya tak akan ulang memberitahunya.]
Sejak saya menulis di blog lama. Kemudian beralih ke Terbang Tinggi. Sejak zaman blogger masih tak berapa nak ada. Dan kita yang tak berapa nak ramai, saling punya masa untuk ziarah-menziarah. Hinggalah sekarang, blog dah bersepah2, macam hujan yang mencurah2. Sejak saya masih keliru dan segan2. Dan kalian pun muncul seorang demi seorang, beri saya keyakinan. Untuk belajar, untuk menulis, untuk buat keputusan, untuk sekian-sekian. Sejak saya baru nak kenal bumi Terengganu, hingga saya dah mula sebati dengan tanah, air dan udara di sini. Sejak saya update hampir setiap hari, hingga zaman saya mendelete lebih kurang 60% entri. Seterusnya tiba fasa blog ni seolah tidak lagi berpenghuni. Sejak tiada siapa kenali saya di luar alam maya, hingga perlahan2 bertemu dan berhubung dengan beberapa pembaca. Seterusnya dijejak pula oleh teman2 lama. Dah lama. Kalian yang ketika kita mula kenal, masih terkial2 menyesuaikan diri dengan alam universiti. Yang baru mula master, tapi kini dah gah dengan kerjaya. Yang ketika itu masih bertungkus-lumus dengan kuliah dan assignment, tapi kini dah konvo, dah sambung master, dah kerja. Yang bergelut dengan segala cubaan bumi Mesir, UK, Jordan dll. Tapi kini dah jejak Malaysia tercinta untuk tabur jasa. Yang baru2 belajar kenal blog, bangkit sama2, kemudian jumpa dunia baru, lantas lebih selesa tanpa saya. Terima kasih. Untuk yang tak jemu2 menolak saya ke daerah penulisan kreatif. Walau saya sangat tak yakin pada mulanya. Untuk yang menegur segala salah silap dalam susun kata saya. Untuk yang berkongsi pelbagai ilmu, pengalaman, pandangan, gurauan, bantuan. Untuk yang hampir setiap hari mengetuk kotak email dan jendela YM saya. Kalian, terutama yang mewarnai hari2 saya sepanjang 2006 hingga awal 2007, sangat luar biasa. Saya simpan semua saat yang kita kongsi, erat2, dalam kotak kenangan. Maaf juga. Untuk yang pernah menghulur ’rasa itu’, tapi saya menolaknya, lantas terus memilih untuk mendiam. Untuk yang pernah jadi teman berdebat, atau bergurau sakan, hingga terguris tanpa saya perasan. Untuk yang sering bertanya khabar, tapi saya diam membisu tanpa hidangan terbaru. Lantas kalian memilih untuk tidak lagi jejak ke mari. Terima kasih semua. Saya akan ingat zaman2 aktif berblog dulu. Waktu interaksi kita hampir setiap hari. Saya akan biar blog ini di sini. Manalah tahu ada yang mahu baca entri terdahulu. Dan kalau2 datang seru, mungkin sekali-sekala saya akan catat juga apa2 yang rasa mahu dicatat. Insyaallah. Jika ada apa2 yang penting, bagi yang ada ID YM saya, boleh hubungi saya di situ. Jarang online. Tapi tak apa, tinggalkan saja offline mesej. Akan dibalas bila berkelapangan, insyaallah. Sekali lagi. Terima kasih semua. Yang pernah bersama saya di Terbang Tinggi.
Hehe.. macam ucapan apa je :D |